Aku & Pantang...

Thursday, December 16, 2010

Salam Khamis semua..

Entry kali ni bukan la patik nk crite ape kan..jz nk share je ilmu baru semenjak, dua menjak , tiga menjak dok bergelumang tolong mak patik menjaga orang dlm berpantang ni..almklom laa patik punya kak ipar sorang je..before ni patik tak pernah ade orang yg berpantang dlm umah patik ni..zaman mak patik pon dh berlalu dh...mak ckp dh dekat 20tahun dh tinggal zaman berpantang ni..hehhee...

Weeehhh..mmg tough gak ek menjaga orang berpantang ni..dri segi penjagaan mandian denagn pelbagai jenis daun-daunan, bertungku segala, makan nye...weehhh sangat la tough..mujur la since patik dh tak pergi lab ni bole la tolong2 ckit mak patik kat umah sekadar mmpu ni haa...

So sepanjang membantu mak patik tgk kan orang berpantang ni, ade beberapa term yg patik dengar..antara nye:


1. Bertungku..

Ape yg patik tau pasal bertungku ni untuk tuam kawasan tertentu supaya luka2 dlaman bole cepat kecut...atau pon bengkak2 bole cepat kecut..

2. Berurut

Apa yg patik tau amalan urut ni perlu dibuat selepas bersalin selama sekurang-kurangnye 3 hari berturutan bagi memberikan rs segar selepas bertungkus lumus ms nk bersalin dlu..

3. Mandi air dedaun

Ni plak mandi menggunakan air rebusan daun kerana setiap daun yg digunakan mmpunyai khasiat tersndiri..kalau nk elok sepanjang tempoh berpantang ni hendak lah menggunakan air rebusan dedaun ni sekurang-kurangnya 2 minggu..antara daun yg sering digunakan mcm daun tulang2, daun serai wangi, daun kunyit, daun pandan, daun inai, daun bonglai dan daun mengkudu dan sedikit halba..

4. Berparam

Ni pulak ape yg patik nmpak benda putih cm ala2 bedak sejuk akan ditepek kat muka tanagn dan kaki..kate nye untuk tutup rongga2 yg dh terbuka semasa nk bersalin dlu dan juga untuk elak badan masuk angin..

5. Pakai Bengkung

Bengkung atau pon bole patik ckp ala2 korset ni kne pakai untuk mengelakan bahagian tertentu mengalami pengumpulan lemak yg bole bawak jd buncit dan mengendurkan punggung...bengkung ni kne ikat ketat2 dan kemas meliputi bahagian bawah badan naik sehingga keatas..



Haaaa..cm tu la crite kisah berpantang yg patik nak share ngn korang sume..mne la tau korang bole la nk tambah ilmu didada kaannn..penting weh ilmu cm ni..mne la tau turn patik pas ni bile berbini plak kannn..tak de la nmpak pelik ngn sume ni...tak gitu???

TQ kat mak dengan serba sikit info yg bole patik share ngn reader patik kali ni...

Jumpa lg dilaen entry yeee..

Babai~~

You Might Also Like

18 komen

  1. selalunya memang orang perempuan mang kuat berpantang neh

    ReplyDelete
  2. aku ni tak penah nak bepantang... kalau nak makan aiskrim, jam 2 pagi.... aku makan je... hahaha

    ReplyDelete
  3. aiiihh pojie...boleh jaga bini berpantang dah nie..bila nak kawen...
    meeooowwww hahhahhahaa

    ReplyDelete
  4. Nak share dari pembacaan kite neh.
    melalui 1 artikel ye..dari sudut sains..
    Hakikatnya, batu yang panas tidak boleh mengecutkan rahim, malah memberi kesan buruk. Sejauh mana kebenaran fakta ini?

    BERTUNGKU secara meletakkan bahan panas (sama ada batu yang dipanaskan kemudian dibalut kain atau pek air panas yang dibalut kain) ke atas kawasan abdomen dianggap sesetengah pihak bertujuan untuk mengecutkan rahim.

    Bagaimanapun, sifat haba sebaliknya menyebabkan salur darah mengembang (termasuk salur darah di dalam rahim) dan boleh menjadikan pendarahan nifas bertambah banyak. Pada masa sama, ia melambatkan pengecutan rahim.

    Pengembangan salur darah ini boleh diumpamakan seperti muka kita yang kemerahan akibat salur darah mengembang apabila berjemur di tengah panas untuk tempoh lama.

    Pengecutan rahim adalah hasil kontraksi otot licin pada dinding rahim yang banyak bergantung kepada tindakan hormon oksitosin yang dikeluarkan kelenjar pituitari otak sewaktu penyusuan badan. Hormon ini juga ada terkandung dalam ubatan doktor bagi menangani pendarahan selepas bersalin. Apabila di rumah, wanita bergantung kepada oksitosin yang dirangsang refleks hisapan payudara sewaktu bayi menyusu. Lebih kerap dan banyak ibu ini menyusukan bayinya, lebih cepat rahimnya mengecut kepada saiz asal. Bagaimanapun, proses pengecutan rahim ini turut disertai kesakitan (seperti senggugut). Ini boleh dibantu dengan pengambilan pil penahan sakit. Lazimnya, rahim mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk kembali kepada saiz asal. Mungkin satu 'kelebihan' bertungku adalah ia mengurangkan kesakitan kerana rahim tidak mengecut tetapi mengembang semula.
    « Last Edit: November 04, 2010, 01:28:36 PM by Aliahzakaria »

    saje nak kongsi dgn hencik patik sbb kite ska baca bab2 neh..maklumlah anak sedare dah seploh,badik2 lak ramai ppuan..kene lah blajar kan hehe

    ReplyDelete
  5. nanti da berbini kasi dia pantang betul2..

    =_=

    ReplyDelete
  6. berpantang memang cara tradisional yang sangat dan harus kita amalkan! bukan setakat adat, itu perubatan yg kesannya sgt bgus.

    ReplyDelete
  7. perempuan mmg kena berpantang...baru mantoooopppp

    ReplyDelete
  8. nanti boleh la dimanfaatkan dan praktikkan untuk wife kan??

    ReplyDelete
  9. FaizalSulaiman:
    pantang terpaksa..hehehe..demi mendpatkan figure smula..hehe

    ReplyDelete
  10. ::FAIZ FARISH::
    ko mmg tolak kayu n batu je kan..hehehe

    ReplyDelete
  11. zOeY zAu YaH :
    TQ atas info...patik tgk jee..x tau pape..heheh

    ReplyDelete
  12. FIFIEY LYCHEE MARATION:
    betoi...mmg turun temurun kan..

    ReplyDelete
  13. whitecappuccino:
    akan diperaktik kan..heheh

    ReplyDelete