Review : Filem Karak

Thursday, June 02, 2011

Hai semua.


Filem:
Karak


Pengarah:
Yusry Abdul Halim


Genre:
Seram


Pelakon:
Shahir AF8, Sheera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussin


Penilaian:
4/5


Sinopsis:

Filem ini menghimpunkan cerita dari kisah benar melalui pengalaman sebenar pengguna lebuhraya karak yg dianggap keras oleh orang ramai. Banyak peristiwa misteri telah berlaku, antaranya kisah volkswagen kuning, kisah seorang wanita bersama anaknya. Disini 4 sekawan telah melalui lebuh raya karak lama selepas lebuhraya karak yg baru mengalami kesesakan yg teramat sangat. Maka disini bermula kisah misteri mereka. Mereka telah megalami kemalangan disebabkan sebuah Volkswagen kuning yg tidak berdriver telah memotong dan ditumpangi seorang wanita. Akibat terkejut & tidak dapat mengawal kenderaan kerana ingin mengelak seorang budak ditengah jalan menyebabkan mereka mengalami kemalangan lalu terbabas masuk kedalam gaung hutan tebal. Didalam hutan, pelbagai peristiwa misteri telah berlaku kepada mereka. Apa yg terjadi seterusnya??? Saksikan dipawagam berhampiran anda.


Komen patik:


Lakonan 4 sahabat Nik (Shahir AF8) , Zura (Syera Aiyob), Ida (Kilafairy) dan Jack (Md. Eyzendy) bole dibanggakan. Bg patik lakonan Jack terbaik. Ini mungkin beliau dh selalu muncul di kaca tv berbanding 3 yg lain. Namun watak Ida yg gile gedik mmg membuatkan patik meletis tgk. Patik tak pasti adakah watak yg dicipta direka untuk kelihatan "gedik" ? Jika betoi lakonan beliau mmg menjadi yeee. Cuma watak beliau yg sedang berkemban unutk mandi tu rs nye tak perlu dipertonjolkan sgt kot. Ini hanya pandangan peribadi patik saja.



Dialog yg sangat memberi kesan terhadap cerita, apabila Jack ingin ke tandas dan terjumpa seorang budak berpakaian sekolah dok bertanya "abang..ade nampak mak saya tak???". Nada dialog tu mmg meremang bulu kaki patik. Dialog lain yg meremang patik bile seorang wanita dok menyapa Jack bila keluar dri toilet tu "encik..bole bantu saya encik????". Woooo dialog ni mmg mencengkap sanubari ok!!! Dengan jelingan mata wanita tersebut menambahkan lg kemeremangan diri ini yeee.

Sedikit persoalan timbul disini apabila watak Tok Malam yg tiba-tiba bertanya Zura "Kamu dh lame tak solat kan????". Wooo tetibe soalan tu keluar membuatkan patik binggung, "eh cm ne Tok Malam tau????". Selain tu persoalan tentang agama agak menarik berperkatakan apabila 1 mesej yg cuba diketengahkan Adakah kita faham apa yg sebenarnya kita baca ATAU hanya sekadar hafalan? . Cuma sedikit sayang bila kehebatan mesej td telah dirosakkan dengan adegan Zura terhadap Nik selepas gangguan tamat dipagi hari.

Apa pon filem ni berjaya membuatkan penonton menjerit ketakutan dalam panggung. Kelainan yg berjaya ditonjolkan kali ini adalah hantu yg ditonjolkan. Tak de dh hantu pakai putih dan rambut yg lurus menggerbang ala-ala rebonding. Kire hantu ni dh pandai main makeup dh, baju pon dh pilih kaler laen dh selain putih. Pujian juga harus diberikan kepada krew filem Karak ni kerana membuat kelainan terhadap filem kita.

Ini hanyalah pandangan patik saja yee. Korang yg belum tgk tu p laa tgk yee. Patik dh tgk 2 kali ok!!!

Sekian entry review kali ini. Jumpa lg yeee.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

8 komen

  1. ni nak kena tgk nih!! b4 ni dgr orang lain cita cam x best je cita ni tapi bila da baca riview ko terus rasa cam nak g tengok..

    ReplyDelete
  2. Erina Asmawani:
    kene tgk ririn..aku 2x tgk ok!!!!1st day tayang full house ok...then smlm tgk pon dok 2nd raw dri depan...

    ReplyDelete
  3. chekkk bole bantu sayee chekkk

    hahaha

    ReplyDelete
  4. Dengar orang lain komen tak best. Kali ni best pulak hrmmmm...entah lah ntilah gi tengok sendiri.

    ReplyDelete
  5. we got diff perspective towards dis film..

    btw,, gelak jer sepanjang tgok citer nie..

    ReplyDelete
  6. FaizalSulaiman :
    bang nampk mak saya x banggggg???

    ReplyDelete
  7. zizidiazora:
    betoiii zizi...zizi kne p sendiri tgk...pedulik kan org kate ape..lain org lain taste dia..sme laa cm patik..patik siap p tgk 2x ok...

    ReplyDelete
  8. SyahmiFikri :
    gelak???? patik tgk meremang bulu kaki ok...heheh...

    ReplyDelete