Ahlan yaa Ramadhan.................

Sunday, July 31, 2011

Hai semua.

Esok seluruh umat islam di Malaysia dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya akan mula menjalani ibadah puasa. Dan malam ini pastinya banyak masjid-masjid dan surau-surau dikawasan perjiranan rumah kita dikunjungi oleh ramai para jemaah bagi tujuan menunaikan Solat Terawih yang sungguh besar fadhilatnya.

Sekajap rasanya masa berlalu. Pejam celik pejam celik, rasanya macam baru aje kita semua berpuasa wajib, sambut hari raya dan sekarang dah tiba lagi bulan puasa atau lebih sedap dipanggil bulan Ramadhan.

Ada sesetengah orang, hutang jahit langsir raya tahun lepas tak habis bayar lagi, tahun ni dah nak kena tukar yang baru. Kena keluar duit lagi nampaknya. Banyaknya benda nak kena bayar. Adoyai!!! pening kepalo den memikirkannya. Apa-apa pun, pandai-pandailah berjimat cermat di kala keadaan ekonomi yang masih tidak menentu ni yeeee.

Di harap, kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna pada tahun ini dan sama-samalah kita berdoa agar puasa kita diterima dan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.

Sebelum patik mengakhiri celoteh kali ini dan sementara menunggu waktu nak malam, di bawah ini ada disertakan sedikit ilmu untuk tujuan ulangkaji (revision). Maklumlah, bulan Ramadhan cuma setahun sekali. Mungkin ada yang dah lupa macam mana nak baca niat puasa. He, he, he…

Niat Puasa Sehari

Niat Puasa Sebulan


Doa Berbuka Puasa

Lafaz & Niat Sembahyang Terawih

Lafaz & Niat Sembahyang Witir


Begitu laaa entry sempena mai nya bulan ramadhan tahun ni. Selamat menunaikan ibadah puasa untuk korang semua. Jumpa lagi di lain entry yeee. Babai.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

9 komen

  1. terima kasih entry ni
    salam ramadhan al-mubarak
    sama-sama lah kita memenuhkan masjid

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa wahai sahabat

    ReplyDelete
  3. nak copy doa2 dan niat ye..tempek dalam blog..syukran2

    ReplyDelete
  4. .::: Princess MOMOY :::.
    salam ramadhan too...

    ReplyDelete
  5. IMANSHAH:
    sila laa imanshah...xde hal...berkongsi lebih baik...

    ReplyDelete
  6. Thanx sgt!

    salam ramadan patik..

    ReplyDelete
  7. Salam ramadhan al mubarak dan selamat berpuasa buat pojie dan keluarga.

    ReplyDelete
  8. thanks for the du'a babah..
    camat berpuasa & berterawih yer

    ReplyDelete
  9. salam ramadhan...maaf salah silap...slmt berpesta ibadah...insyaAllah...

    ReplyDelete