Walaupon jauh dimata..tp ingatan masih dihati...

Thursday, October 20, 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.


Terkejut dengan pemerimaan bungkusan kotak besar dihadapan rumah tempoh hari yang dialamatkan keatas nama patik (walaupon typing error sedikit disitu) membuatkan patik terkesima & mula terbayang mcma2 dikepala ini. Mana tak nye pengirim nye pon patik tak tahu siapa.

Membelek dan terus membelek bungkusan kotak tersebut mebuatkan air mata mula bergenang dikelopak mata patik. Rupanya bungkusan itu adalah kiriman mak abah patik yg sedang mengerjakan haji di makkah. Tatkala memegang kotak tersebut timbul 1001 pertyaaan dalam diri adakah samada benar atau tidak dengan semua ini.

Mungkin ini adalah ole-ole yang sempat mak pak patik beli semasa ziarah mereka dikota madinah & terus mereka pos kan balik ke Malaysia. Mudah nanti mereka nk bergerak bila semua yang dibeli di pos terus balik ke Malaysia.



Melihat bungkusan ini, perasaan rindu mula menyelubungi terhadap mereka. Hanya mampu berdoa supaya dipermudahkan urusan mereka, keselamatan yg baik & diberikan kesihatan yang baik untuk mereka berdua.


Sedikit ole-ole berupa air zam zam, kurma-kuram yg pelbagai jenis, jubah serta tasbih dikirimkan untuk kami seawal mungkin. Kami adk beradik nak menjamahnye pon rasa sayang sangat. Nk tunggu mereka selamat pulang ke Malaysia baru laaa nk menjamah bersama. Simpan leklok dalam peti sejuk.

Tak tau cm ne patik nk ungkap kan perasaan itu. Tapi ini laaa dia sebuah ingatan. Walaupon jauh dimata, tapi dihati sentiasa teringat.

Sekian entry kali ini. Jumpa lagi yeee.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

14 komen

  1. waaa..bestnya..nak air zamzam =.=

    ReplyDelete
  2. sedih dan terharu..

    ReplyDelete
  3. :') Semoga mereka selamat menjalankan ibadah haji dan selamat pulang ke tanah air.

    ReplyDelete
  4. GIgihnya parents dia pos..
    Yela nanti nak balik taklah byk sangat nak berangkut kan kan..
    Tapi cemana eja nama anak sendiri pun salah? HUuhuhuh..
    Btw nak sket!!

    ReplyDelete
  5. tgh rushing.. tu yg typing error ^^

    ReplyDelete
  6. Pojiepooh Abdullah :
    ni bukn tulisan mak pak patik ni..myb org cna laaa kot yg uruskan sume ni..

    *AHMAD FAUZI laaa nme patik..hehehe

    ReplyDelete
  7. terharunye tgok bungkusan tu yek.. dorang nk mudah la tuh...nanti bila balik boleh bawak balik barang2 lain pulak. so takde le berat sngat.

    ReplyDelete
  8. semoga meraka selamat sampai di Malaysia. aminnn.. :)

    ReplyDelete