Hari raya tanpa insan disisi....

Saturday, November 05, 2011

Assalamualikum & salam sejahtera semua.

Esok kite sama2 akan menyambut hari raya aidil adha, Hari yang sinonim dengan erti pengorbanan. Bagi patik erti pengorbanan pada tahun ini adalah mengorbankan sedikit waktu bersama adk beradik sepanjang ketiadaan mak abah patik yang kini sedang mengerjakan ibadah haji di baitullah. Alhamdulillah, semoga mereka memperoleh haji yg mabrur hendaknya. Amin

Baik laaa entry patik hari ni adalah persediaan patik bersama 2 adk patik menyediakan juadah hari raya sepertimana mak selalu sediakan kepada kami. Walaupon mak abah tiada bersama dengan km, persediaan juadah dipagi raya mesti dilakukan walaupon msakan km tidak laa sesedap masakan mak buat ukt km.

Syukur sgt2, ilmu masak mak sempat km timba sebelum ni. So kire adalah makanan untuk km adk beradk jamah dipagi raya esok walaupon tak sesedap mak masak.




Kalau ada mak ni km selalu msak dlm 2 jam + dh siap. Tp disebabkan km ni slow cm kura-kura, so km mengambil masa dekat 3 jam ++ ok nk siapkan juadah ni. Hambek kau..

Rendang daging

Ayam masak kicap

Sambal goreng jawa

Apa yang bole patik gtau, sedikit terasa laa bila menyambut raya tanpa mak abah disisi. Tgk makanan ni pon patik dh teringt mak kat sana sebab nye semua ni selalunya adalah air tangan mak. Tapi buat pertama kalinya beraya dengan air tangan sendiri km adk beradik.

Harapan patik adalah semoga depa seronok beraya disana. Km adk beradk doakan terbaik utk depa disana.

Sekian

-Ahmad Fauzi Aryaan-

p/s: tak sabar nk tunggu 19hb ni....

You Might Also Like

15 komen

  1. kalau ditengok pada gambar tu rasanya semua masakan tu menjadi. yang paling menarik ialah rendang daging dan sambal jawa tu. macam sedap je... walau bagaimanapun tahniah la kerana kegigihan kalian menyediakan masakan buat adik beradik semua.

    selamat hari raya aidil adha buat pojie sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. semua nampak sedap. papepomm still meriah. doakan mak ayah selamat dalam meneruskan haji mereka. mesti mak ayah pojie boleyh bangga blerr tgok usaha anak2 dalam menyiapkan persiapan hari raya nie


    selamat hari raya pojie sekeluarga :0

    ReplyDelete
  3. banyak ye makanan..semuanya sedap2 belaka (~_~)

    ReplyDelete
  4. salam aidiladha buat ahmad fauzi aryaan sekeluarga! sedap2 je nmpknya semua juadah tu!

    ReplyDelete
  5. salam eid adha pojie...insyaAllah moga keduanya mendapat hajj mabrur dan pulang dgn selamat,...ameen...

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya aidil adha pojie...rajin nyer ko masak walaupon mak ko takde........nampak sedap je...19hbada apa? ko dah nak kawin ke?

    ReplyDelete
  7. zizidiazora :
    tq abg zizi..ni sume berkat tgk mak msak ms mak ade dlu..

    SELAMAT HARI RAYA...

    ReplyDelete
  8. ikan :
    rupa & rasanya bole laaa..sedap gak mengikot tekak ini...

    *maluuuuuu

    ReplyDelete
  9. DanieL AdiE :
    nk jadi adie laaa pndai msak..hehehe

    ReplyDelete
  10. eddy syrol :
    rasanya pon sedap...nk rasa???heheh..

    ReplyDelete
  11. Umar Arlee:
    TQ umar...selamat hari raya juga..

    ReplyDelete
  12. Amir Rayyan:
    insyallah amir...doakan utk mereka terbaik..

    ReplyDelete
  13. Cik FaRiZaM :
    even mak aku xde..kne gak laa msak..jz nk rasa mood raya...

    19hb tu mak pak aku blk laaa...

    ReplyDelete
  14. banyaknya lauk.rajin bebeno. anak sapo la ni...

    daun ketupat tu anyam sendiri ke bang oii?

    ReplyDelete