Posts

Showing posts from August 15, 2011

Warna warni kehidupan......

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Walaweehhh lame gile patik tak mai melepak kat blog aptik ni haaa. Bukan apa, patik sedikit ketandusan idea lately ni haa. Hari ni kehidupan patik mendatar saje. Sedang menyiapkan kerja yang terbengkalai, patik tersentuh dengan 1 ayat yang pernah dikatakan oleh Hamka. Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami airmata dan juga darah. ~ Hamka Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan. Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya. Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang