BAUCER BUKU RM200 UNTUK PELAJAR IPTA, IPTS, POLITEKNIK & TINGKATAN 6

Wednesday, January 04, 2012

Assalamalaikum & salam sejahtera semua.

Akceli patik sebagai insan yg masih menuntut ni berasa seronok dengan bantuan RM200 yg diberikan. Bila ade org nk bg, ape lg sauk jeeee ok. TQ pd pihak yg berkenaan. Akceli menda ni patik dh ade dgr tp tak tau nk amek vaucher ni. So patik pon dpt info terbaru pasal menda ni.

Seramai 1.3 juta penuntut yang mengikuti pengajian di institut pengajian tinggi tempatan dan pelajar sekolah menengah di tingkatan enam layak menerima baucar buku bernilai RM200 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012, baru-baru ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM260 juta untuk diagihkan kepada penuntut-penuntut tersebut yang dikategorikan sebagai aktif.

PELAJAR YANG LAYAK

Katanya, pemberian baucar tersebut diberikan tanpa mengira penuntut itu mengikuti pengajian pada peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan pun Doktor Falsafah (PhD) secara sepenuh masa atau pun sebaliknya.

Semua pelajar warga Malaysia yang aktif dan berdaftar dalam tempoh Januari hingga Mac tahun depan di institusi pengajian awam dan swasta (IPTA / IPTS), politeknik, matrikulasi/asasi mahu pun di peringkat pengajian persediaan layak menerima dengan syarat daftar sebelum hujung Mac.

CARA MENUNTUT BAUCER RM200

Seorang penuntut akan mendapat empat baucar bernilai RM50 sekeping dan mereka hanya dibenarkan membeli buku akademik, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. Baucar buku RM200 ini akan dilengkapi pelbagai ciri keselamatan bagi mengelak ia dipalsukan. Pelajar boleh membuat tuntutan baucer RM200 ini di IPT masing-masing.

Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

Tempoh sah laku baucar tersebut hanya selama tiga bulan iaitu bermula pada 1 Januari hingga 31 Mac tahun depan.

Sehubungan itu, katanya, penuntut boleh menebus baucar itu di mana-mana kedai buku yang menyertai program tersebut namun dilarang menebus dengan wang tunai.

Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012.

SUMBER: BERITA HARIAN

p/s: waaahhh patik dh siap list dh nk beli pen kaler2 byk, highlighter pelbagai warna baru , ala2 berangan nk masok class mewarna Taska Linda Yasmin. =P

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

13 komen

  1. hahahah....

    beli pen kaler bnyk2 ye..
    hahaha...

    ^_^

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak g amek baucer tu petang ni..hik3

    ReplyDelete
  3. hm, boleh beli buku bnyk2...

    ReplyDelete
  4. majalah ilmiah.. hurmmm.. *thinking*

    ReplyDelete
  5. Agak2 selitkan buku komik Doraemon boleh tak?Hehehe :)

    ReplyDelete
  6. haa kalau niat nak beli pen bgs la

    jgn nak beli sarung pen je nnt kalau dpt duit tu

    alasan x cukup sbb beli spender.. hahaha

    :P

    ReplyDelete
  7. waahh! tak dpt! sebab dah hbs blaja

    ReplyDelete
  8. best nie. tak sabar jugak nak dapat kn rm200. nak kene list kan jugak nie pen warna-warna.hehe

    ReplyDelete
  9. ukm dh dpt tapi wan malas g ambk lg

    ReplyDelete
  10. whoaa,,best tu hehe..tp Arry still tk pat g huhu..

    ReplyDelete
  11. ermm...xdpt la cmtu..uwaaaa

    ReplyDelete