Bila hujan turun

Saturday, March 31, 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.




Sejak dua menjak ni keadaan cuaca agak tidak menentu. Patik rasa semua orang yang menetap di Selangor perasan dengan perubahan cuaca yang rasanya dah masuk ke bulan dimana hujan akan kerap turun. Negeri-negeri lain patik kurang tahu pulak yee. Ke same jeee sekarang ni pun musim hujan.

Pagi tadi patik ade terbaca yang kawasan Klang telah dilanda banjir yang dirasakan agak buruk yang pernah mereka alami. Mengikut apa yang patik tahu dari kawan-kawan yang duduk dekat Shah Alam, mereka kata hujan lebat turun disertai dengan petir yang sabung menyabung ibarat perang dibosnia 1 ketika dulu sejak pukul 4 pagi semalam (Jumaat). Hujan yang agak lebat ini menyumbang kepada banjir teruk tersebut. Patik yang duduk di Bangi hanyalah mengalami hujan yg lebat tapi tidak seperti dikawasan Klang & Shah Alam.

Apa pun takziah laaa buat penduduk daerah Klang yang menanggung kesusahan dek kerana banjir ini. Anggap laa ini adalah ingatan & ujian dari-NYA. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini terjadi.

Kepada yang lain-lain, berhati-hati ketika memandu semasa hujan & peringatan buat PENUNGGANG MOTOSIKAL (sebab patik juga seorang penunggang motosikal tegar), jaga keselamatan kalian ketika menunggang lagi-lagi dimusim hujan ni haaa. Kepada yang BUKAN penunggang motosikal (kereta, lori & sebagainya), kasihani laa penunggang motosikal. Berhati-hati ketika memandu kenderaan anda yee.

Sekian saja coretan patik untuk kali ni. Jumpa lagi. Selamat berhujung minggu yeee.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

5 komen

  1. Insyaallah semua akan baik2 aje ..

    ReplyDelete
  2. Semoga kita dilindungi... AMin

    ReplyDelete
  3. Mawardi:
    Tu laaa smoga selamat semuanya...

    ReplyDelete
  4. Joe_Hans:
    Insyallah..mudah mudahan yee...

    ReplyDelete
  5. ujian tuhan buat hambanye melalui bencana alam...hadapi dengan tenang.

    ReplyDelete