Info: Knapa perlu BERCAKAP????

Wednesday, March 07, 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.




Haaa kembali bertemu dengan Ahmad Fauzi Aryan untuk entry nye kali ni. Untuk entry kali ni, patik nk share dengan korang semua apa perlunya kita BERCAKAP.

Untuk pengetahuan semua apabila kita bercakap-cakap dan berbual-bual, kita sebenarnya berkongsi pengalaman kita dengan individu-individu lain. Setiap orang mempunyai pengalaman dan pengetahuan tersendiri. Apabila kita bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan, kita mencipta makna antara satu sama lain.

Aktiviti bercakap-cakap dan berbual mempunyai banyak fungsi. Diantara fungsi-fungsinya ialah :

  1. Menjalin hubungan dengan manusia-manusia lain.
    Manusia ialah “makhluk” berkelompok, iaitu mereka tidak boleh hidup bersendirian. Manusia memerlukan manusia-manusia lain.
  2. Memberi rangsangan.
    Manusia memerlukan manusia-manusia lain untuk diajak bercakap-cakap dan berbual-bual kerana manusia memerlukan rangsangan. Manusia memerlukan beberapa jenis rangsangan :

    a) Rangsangan fizikal
    seperti sentuhan dan belaian. Aktiviti bercakap dan berbual biasanya mendahului ataupun mengiringinya aktiviti sentuh menyentuh antara manusia.

    b) Rangsangan emosi
    supaya mereka dapat mengalami perasaan seronok, suka, gembira, bahagia, dan puas. Manusia memerlukan kasih sayang drpd manusia lain. Rangsangan emosi boleh diberikan dengan menggunakan kemahiran bercakap dan berbual dengan menggunakan kata-kata secara positif.

    c) Rangsangan mental
    untuk aktiviti otaknya. Dengan cara bercakap dan berbual manusia mendapat rangsangan untuk berfikir dan bertukar fikiran.

    d) Melalui bercakap
    manusia boleh memberi dorongan, perangsang, nasihat dan idea kepada manusia lain.

  3. Memenuhi keperluan estim diri
    Manusia adalah insan yg sangat memerlukan kemulian dan penghargaan daripada manusia lain. Melalui aktiviti bercakap dan berbual dengan manusia lain mereka boleh berasa bahawa diri mereka diperlukan, dihargai, disanjung, dan penting kepada orang lain.
  4. Perkongsian
    manusia suka dan bahagia apabila nasib mereka baik dan sedih apabila nasib mereka buruk. Apabila mereka mendapat nikmat, manusia perlu menambahkan lagi rasa kenikmatan yang dialaminya, dan mereka perlu mengurangkan rasa kesengsaraan yang menimpa mereka.

Nahhhh puas hati??? Dah tau knape kita perlu bercakap?? Bercakap ni AMAT perlu, tapi bebaik yee bila bercakap. Silap cakap buruk padahnya. Hati-hati yeee.

You Might Also Like

7 komen

  1. err...takut terlebih lak.. mcm mne tu?

    ReplyDelete
  2. dikatakan lembut lidah sebenarnya lebih tajam dari sebilah pedang so bila bercakap patut berhati2 ye...

    ReplyDelete
  3. [k]o{q}i[n] :
    bebaik yeee...kang kne "tembak" kang...hehehe..

    ReplyDelete
  4. zizidiazora :
    betoi bang...lidah ni klu disalah guna bole "tikam" org..so hati2 yee pakai lidah...

    Ade org tu pakai lidah untuk menabur janji manis...yg merana org lain...sob sob sob...

    ReplyDelete
  5. bercakap bila perlu..kalau terlebih lebih pun tak boleh..dalam situasi tertentu mungkin kita perlu diamkan diri..sebab kekadang terlebih cakap akan mengundang dosa.kan?;)

    ReplyDelete