Menjaga hubungan baik sesama manusia

Thursday, March 29, 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera semua





A masuk kedalam bilik smbil cuba untuk bertegur beramah mesra ala2 lelaki melayu terakhir dimuka bumi. B sedang mengadap skrin komputernya.

Mamat A: Hai bro tgk cite ape tu??? *sambil nada yg sungguh manis.

Mamat B: Ko tak nmpk ke aku tgk sebelah sana ke sini??? *dengan gaya MAKIAN

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Baik laa entry kali ni patik jz nk cerita perihal hubungan baik sesama manusia. Korang pernah tak diperlaku sedemikian seperti dialog diatas????? Apa perasaan korang bila kita cuba menjadi peramah DAN tiba-tiba mood kita dibalas dengan rasa "kejam".

Untuk menerangkan keadaan ini dengan lebih terperinci, meh patik habaq mai kat korang sume. Dalam komunikasi 2 hala, give & take perlu supaya tiada perkara yang tak diingini akan berlaku lebih-lebih lagi kes salah faham dalam komunikasi manusia.

Patik berkata demikian bilamana dalam komunikasi seharian, kita sering salah tafsir dengan cepat apa yang disampaikan tanpa memikirkannya dahulu apa sebenarnya. Itu laaa yang sering dialamai sesiapa sahaja termasuklah diri patik sendiri.

Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, patik selalunya akan cb diam sebentar dan cuba "menghadam" apa yg terjadi. Kalau patik rasa tak bole nk "hadam", patik akan mencari "teman-pinjam-bahu" untuk patik luahkan kisah yang patik alami. Apa yg penting sabar & terus bersabar.

Dalam hubungan sesama manusia, rasa hormat, manis mulut dan sebagainya yang baik-baik ini perlu diamalkan supaya perhubungan sesama manusia akan menjadi lebih akrab. Orang kata, kalau kita nak kita dihormati, cubalah menghormati orang lain.

Seperti kisah yang cuba patik bawakan tadi, insan A telah melakukan 1 kebaikan untuk cuba bertegur sapa sebaik mungkin. Al-maklom laaa melayu ni kan penuh dengan tata susila dan adab sopan walaupun kita tahu apa yg dilakukan, kita masih lagi ingin menegurnya. Tak gitu???

Bagi patik pula, pihak B sepatutnya tidak perlu kot untuk melakukan sedemikian. Rasanya tiada salahnya kalau kita bertegur dengan sedemikian. Rasa nya tak da laaa yang cedera parah malah berlumuran darah gamaknye kan??? Sepatutnya pihak B perlu lah menjawab penyapaan pihak A walaupun mungkin pihak A nampak apa yang sedang dilakukan.

Kesimpulan nya, bertegur sapa ini adalah amalan mulia. Cuba bayangkan korang duduk 1 rumah tapi sifat bertegur sapa ni tiada diterapkan antara penghuni. Bergitu juga dengan jiran tetangga, sifat tegur menegur (walaupun dengan soalan kurang pandai) perlu digunapakai supaya kemesraan itu akan terjalin.

Sekian buat kali ini. Ini hanyalah imaginasi patik sahaja. Tiada kaitan antara HIDUP ataupun MATI.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

2 komen

  1. mintak maaf dkt manusia lg susah dari imntak maaf dkt tuhan

    ReplyDelete
  2. Salah satu terjemahan kepada makna al bayan ialah seni berkomunikasi dan ini merupakan salah satu nikmat yang besar yang dianugerahkan kepada kita. Komunikasi adalah satu usaha untuk seseorang itu dikenali dan difahami. Sekiranya melalui komunikasi yang berkesan seorang itu dapat dikenali besar kemungkinan akan dihormati dan dikasihi. Aspek komunikasi dalam perhubungan adalah penting kerana kita mahu dikenali dan difahami oleh mereka yang sangat rapat dan akrab dengan kita. Sebenarnya banyak masalah persahabatan berpunca dari komunikasi yang kurang berkesan, yang banyak menimbulkan salah faham dan ketegangan. Proses berkomunikasi ini melibatkan perkongsian buah fikiran, pandangan dan perasaan dengan orang lain dengan jujur dan ikhlas. Contoh teladan yang terbaik untuk kita dalam hal ini tidak lain dari yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Baginda memperlihatkan kemampuan komunikasi yang sangat berkesan dalam semua ketika, sama ada dalam mendidik keluarga, sahabat-sahabat mahupun dalam keadaan berhadapan dengan mereka yang memusuhi dak­wahnya.

    Di dalam al Qur’ an Surah al Ahzab ayat 70 terdapat arahan Allah SWT, yang bermaksud:

    “ Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan berkata-katalah dengan kata-kata yang tepat”.

    ReplyDelete