Alhamdulillah semuanya dah selesai

Friday, April 13, 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.



Fuhhh lega bila semua urusan tentang permohonan segala dokuman yang patik hilang kelmarin sehingga berlakunya lawatan kerja ke balai polis telah selesai. Dokumen seperti kad pengenalan, lesen memandu serta kad bank telah patik perolehi semula. Yihaaaa.


Proses yang agak membebankan bagi patik telah menjadikan ini adalah sebagai peringatan TERAKHIR supaya lebih berhati-hati lebih-lebih lagi terhadap dokumen diri yang amat berharga.

Apa yang boleh patik simpulkan disini adalah, untuk membuat segala nya semula memang agak perit dari segi kewangan. Korang bayangkan, patik telah kehilangan semua dokumen termasuk wang saku. Mana laa patik nak kaut duit wehhh untuk semua itu melainkan meminjam dari orang tertentu.

Sebagai contoh bila nak buat kad pengenalan jee, sejumlah wang diperlukan sebagai gantian. Mujur laaa patik telah meminjam sedikit wang daripada pihak tertentu kononnye boleh digunakan bila kecemasan TETAPI sejumlah wang yang besar tersebut telah digunakan untuk memperbahrui kad pengenalan sahaja. Patik akceli tak tahu laaa ianya memang procedure. Tapi ianya amat lah perit. Terkedu jugak laaa bila diberitahu berkenaan amount tu. Tapi terpaksa menerimanya jee laaa. Begitu juga dengan memperbaharui lesen memandu. *Tapi ini hanyalah luahan didalam kesesakan.

Apa pun patik bersyukur dengan ujian ini. Mungkin ia mengajar patik menjadi manusia yang lebih berhati-hati supaya tidak cuai dimasa depan. Bak kata pepatah selagi tak terhantuk, baru lah nk terngadah. (betoi ke bunyinye cm tu???)

Sekian buat kali ini. Jumpa lagi dilain siaran.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

3 komen

  1. mijur dah selesai..memang perit bila terpaksa lalui saat2 begini namun jadikan ia pengajaran

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. memang leceh skit kalau dokumen penting yang hilang

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    mujur semuanya dah selesai
    ada kawan-kawan membantu kan

    ReplyDelete