Filem Review: My Way

Friday, April 20, 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.



Filem korea yang pertama dalam Perang Dunia II, berdsarkan kisah benar seorang lelaki korea yang terselamat dalam siri perjalanan sejauh 12,000 kilometer diseluruh medan perang tanah airnya ke Monggolia, Soviet Union, jerman dan Perancis. Filem ini telah ditayangkan di Korea pada Disember 2011 dan telah mengumpul RM36 juta hanya di Korea sahaja dan RM108.5 juta jualan diseluruh dunia.



Fuuuhhh lega patik rasa lepas dapat menyaksikan filem paling hebat dikala ini semalam petang bersama kawan-kawan seperjuangan memandangan waktu petang adalah lebih sesuai untuk mengelakkan jem yang hebat tatkala membeli tiket bersama kawan-kawan seperjuangan.

Sinopsis:


Mengisahkan 2 sahabat Hasegawa Tatsuo dan jugak Jun-Shik yang sering bersaing dari kecil sehingga besar dan bertarung sebagai pelari marathon. Permusuhan mereka terjadi jangka masa lama. Olahan cerita permusuhan mereka lebih hebat bila Jun-Shik telah ditangkap dan dijadikan sebagai askar paksaan selepas berlaku pergolakan dalam pertandingan marathon.

Kesusahan yang dialami oleh Jun-Shik memang amat menyayat hati. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga malang menimpa Jun-Shik. Kekejaman yang dilakukan oleh tentera Jepun yang sering kita selalu kita baca didalam buku sejarah mungkin lebih jelas & berjaya dipotretkan dalam bentuk cerita, menjadikan filem ini seperti terjadi didepan mata. Pembunuhan & tidak berperikemanusiaan terjadi bila masing-masing didalam terdesak.

Demi untuk menyelamatkan diri & pulang ke pangkuan keluarga Jun-Shik sanggup melibatkan diri dari 1 pasukan tentera ke 1 pasukan tentera lain demi menjadikan impian untuk kembali ketanah air tercinta akan berlaku.

Garapan yang hebat dengan menyelitkan unsur cinta, setia kawan, cintakan negara membuatkan sesiapa yang menonton akan terkesan dek olahan yang hebat ini. Pujian juga diberikan kerana penghasilan set yang hebat untuk menggambarkan seperti keadaan dalam Perang Dunia II.

Cerita yang berdurasi 145 minit ini adalah sebuah cerita yang paling lama & paling hebat yang telah patik tengok. 5/5 bintang untuk filem ini !!!!

Kepada semua, lebih baik korang saksikan sendiri sengan mata kepala korang sendiri. Memang puas hati & sangat-sangat berbaloi.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

4 komen

  1. ya saya saksikan SENGAN mata saya sendiri. memang hebat dan dan dasyat. sampai menangis ketakutan dan kesedihan.. memang best.

    ReplyDelete
  2. macam cter taeguki la pulak pasal perang jugak...

    ReplyDelete
  3. tu la best ni best betul...jemput baca review kami mengenai filem ni di kakiwayang.com..=)

    ReplyDelete