Guangzhou, China akan tiba

Monday, April 09, 2012

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua.



Yeayyyy...Insyallah pada 13-15 Julai 2012 patik telah diberi peluang untuk membentangkan hasil kerja penyelidikan sebagai berkongsi pengalaman ke Guangzhou, China. Seminar antarabangsa ini akan menghimpunkan semua saintis pelajar diseluruh dunia demi sama-sama berkongsi ilmu dalam melahirkan penyelidikan yang berguna untuk semua.




Hasil penyelidikan ini kan didaftarkan didalam journal yang bole dikatakan hebat untuk dibaca. Akceli ini adalah peluang yang dibuka oleh pihak UiTM, memberikan peluang kepada semua pelajar ke luanr negara untuk mengambil pengalaman serta berkongsi rasa dan cerita serta ilmu semasa disana.

Sepanjang patik menjadi pelajar master UiTM, patik telah dibiayai oleh pihak fakulti untuk keseminar sebanyak 4 kali. Semua ini hanyalah didalam Malaysia sahaja. Tapi untuk terakhir kali ni, patik telah memilih Ghuangzhou, China sebagai destinasi terakhir patik untuk berseminar.

Untuk pengetahuan semua, pelajar UiTM akan diberi peluang untuk kemana-mana seminar di DALAM NEGARA sepanjang sesi pembelajaran mereka TETAPI hanya sekali diberikan untuk seminar di LUAR NEGARA. Memandangkan ini adalah semester terakhir, maka patik grab peluang yang ada.



Patik berasa sangat-sangat seronok dengan peluang yang diberikan. So sekarang ni, patik sedang dalam persediaan untuk menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan untuk memohon pembiayaan penuh oleh pihak fakulti. Patik pon sedang berkira-kira jumlah kawan-kawan patik yang akan sama-sama mengikuti rombongan kesana dan yang penting hanya patik seorang saja pelajar lelaki yang kesana. So bole laa merasa dok hotel China sorang-sorang. Hehehe.

Sekian buat kali ini. Jumpa lagi dilain siaran.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

2 komen

  1. alhamdulillah. tahniah pojie. semoga semuanya berjalan dengan sukses sekali ye....

    ReplyDelete
  2. Tahniah dapat apa yang dihajati.
    Harap-harap dapatlah bajet tu.

    ReplyDelete