Jom memasak

Monday, April 02, 2012

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua.



Kuih koci adalah sejenis kuih tradisional masyarakat melayu sejak turun temurun. Kelazimannya kuih koci selalunya akan muncul dimajlis-majlis keraian seperti kenduri arwah, kenduri kesyukuran, kenduri sunat dan tidak dilupakan kenduri perkahwinan.

Structure kuihnye yang agak kenyal & kental agak menguji kesabaran semasa mengunyah. Silap-silap kunyah, kuih ini bisa meragut nyawa. Patik teringat suatu kisah dahulu seorang nenek mati dek kerana kuih koci nya terlekat dikerongkong dan akhirnya meninggal.

Amboiii panjang nye laa hai mukadimah. Akceli entry hari ni just patik nk bercerita kuih yang menjadi kegemaran patik. Kuih koci buatan tangan mak patik ni telah dinaiktaraf dek kerana kesusahan untuk mengunyahnya. Selalunya tepung pulut digunakan untuk membuatnya, maka dengan proses menaiktaraf kuih ini dengan memasukan tepung gandum dengan ratio yang betul menjadikan kuih koci ini senang dikunyah dan tidak kenyal bila ditelan.

Patik tak de laa pandai bab-bab masak memasak ni. Yang patik tau bila masuk jee dapur, kuih koci ni dh siap terkukus. TER yee disitu. Hahaha. Time kasih mak sebab buatkan patik kuih koci ni. Bole laaa patik makan time-time nk tengok tv ke, mengadap laptop 24/7 ke. Lalalala.




Jeng jeng jeng...Kuih koci sudah bersedia untuk masuk kekerongkong patik. Selamat melihat yeee korang semua. Patik makan dulu yee. Bismillah.

Sekian saja buat masa ini. Sambutlah gambar kuih koci ini dengan rasa dengki yee. Babai

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

5 komen

  1. Mohd Khairi Khadzir:
    mak ckp walaikumsalam..bile nak mai umah...hehehe..

    ReplyDelete
  2. ijam ismail :
    haaa cb buat & meh hantar sini meh..

    ReplyDelete
  3. arwah nenek fik pndai wat kuih koci... skrg dh x blh rs kuih koci buatannya....

    ReplyDelete