Bila Nafisah Aryaan mula menggatal

Monday, May 07, 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.


Kesian patik tengok kucing kesayangan patik sekor ni haaa si Nafisah Aryaan bila dok mengiaw menandakan tanda masa untuk mengawan. Untuk pengetahuan semua, kucing patik ni masa patik belinya berumur 4 bulan dan sekrang ni kucing ni berumur 8 bulan lebih. Maklom laaa bila benda-benda ni terjadi patik rasa panik dan kesian tak tahu bagaimana nak menguruskan semua ini.

So dengan bantuan adik patik, kami telah berkunjung ke Klinik Haiwan Mesra yang terletak di Sec.7 Bandar Baru Bangi untuk bertanyakan sesuatu berkenaan hal tersebut. Banyak yang patik belajar semasa diklinik tersebut. Kucing yang berumur bawah 1 tahun lebih tidak sesuai untuk mengawan disebabkan beberapa faktor. 

1. Faktor umur
    Kucing yang berusia bawah dari 1 tahun lebih tidak sesuai kerana keadaannye yang terlalu muda  untuk mengandung tidak sesuai bagi kucing. Masa yang sesuai adalah 1 tahun lebih.

2. Faktor badan kucing
    Kucing dibawah umur 1 tahun lebih bila mengandung akan mengalami maslah untuk menerima keadaan sebagai seorang ibu. Maka lepas bersalin akan berlaku anak akan ditinggalkan, tak mahu menyusuakan dan sebagainya. Mungkin usia yang terlalu muda yang masih mahukan kebebasan sama seperti manusia.

Maka jalan penyelesaiannya adalah dengan memberikan pil hormon supaya keinginan untuk mengawan itu dapat dihentikan buat sementara. Musim bagi seekor kucing mengawan adalah selama 2 minggu. So pil yang akan diberikan ini akan menahan daripada terus rasa unutk mengawan selama 2 minggu. 


Nak tak nak patik terpaksa menahan telinga mendengar bunyi gatal yang akan keluar bila rasa itu akan muncul. Sabar jee laaa menahan telinga ni. Cepat laaa masa berlalu. Rimas wehhh dengar bila kucing gatal mengiaw.

Sekian buat masa ini. Terima kasih kerana meluangkan masa menjengah blog Ahmad Fauzi Aryaan ini.

-Ahmad Fauzi Aryaan-
 

You Might Also Like

7 komen

  1. baba cukup main ko..kahwin kn sama kucing aku.nnt boleh buat besar2 besaran ahahaha...ko xmandul kan ke?>

    ReplyDelete
  2. ceh pokcik ada hati nk jd besan babah..bhahahaha...

    ReplyDelete
  3. Fiq Fikri:
    alaaa pokcik..jauh sgt laa nk berbesan..x mandulkan pon sbb nk tmbah zuriat dimuka bumi ni...

    ReplyDelete
  4. zOeY zAu YaH :
    hehehe...nenek jgn laaa plk nk berbesan..jauh lg kot kat kedah tu haa...

    ReplyDelete
  5. kucing tu tak tahan sgt le tuh

    ReplyDelete
  6. hahahaha..cari calon utk kucing rupanya

    ReplyDelete
  7. hahahaha..cari calon utk kucing rupanya

    ReplyDelete