Kisah budak kampung

Thursday, May 31, 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Lumrah bagi anak kampung seperi patik melakukan kerja-kerja kampung seperti berkebun, memanjat pokok (yang tak terlalu tinggi) dan sebagainya. Aktiviti kerja kampung ni akan patik lakukan bila patik pulang ke kampung patik yang terletak di Kampung Sungai Lang Baru, Banting, Selangor. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 45 minit memandu agak biasa buat patik yang sering pulang kesana bila ada majlis berlangsung.




Bila balik jee kampung mesti ade benda yang bole dilakukan dan yang terbaru patik telah berjaya mengendalikan suatu benda yang digunakan untuk mengupas kelapa. Gambar diatas ni adalah rupa benda untuk mengupas kelapa yang dipanggil MATA KOPEK. Bentuk mata kopek ini adalah seperti tombak tetapi ianya lebih rendah dan disambung dengan sebatang kayu dan kemudian dicucuk kedalam tanah. Sebenarnya mak pak patik jee yang selalu buat benda ni semua. Patik hanya melihat jee.

Proses mengopek kelapa ini memerlukan fokus yang tinggi dan elakkan dari bergurau senda semasa proses mengopek kelapa. Ini untuk mengelakkan dari diri kita menjadi mangsa tikaman dek mata kopek ini.



Cara mengopek kelapa dengan menggunakan mata kopek ini memang mudah. Korang hanya perlu mencucuk sabut kelapa kepada mata kopek tersebut sehingga tembus. Kemudian dengan menggunakan tenaga yang ada, korang kena menolak sabut kelapa tersebut supaya tanggal antara kelapa dengan sabutnya. Berhati-hati semasa menolak sabut, takut-takut tertikam dek mata kopek tu. Patik jee kalau buat ni 'confirm' laaa banjjir dek peluh jantan yang mencurah-curah. Tapi best bila peluh keluar. Sihat jee rasa.

Untuk yang baru pertama kali cuba macam patik, memang masa yang diambil ni agak lama. So korang kena laa sabar yee. Adat laaa pertama kali.




Nahhhh cukup laaa sekadar 10 biji dan kalau tengok bab berpeluh tu, baju yang patik pakai tu dah bole nak dibuat perah. Gile tak gile laaa. Bila dan selesai semua proses mengopek kelapa, sabut yang terhasil lepas pengasingan tu tak tahu laaa nak dibuat ape.




Bagi sesetengah orang, sabut kelapa ni akan digunakan sebagai bahan camupran bagi pokok orkid dan tanaman lain. Ade sesetengah peniaga kuah bakar ataupun bahulu menggunakan sabut kelapa sebagai bahan bakar kerana bau yang dihasilkan oleh sabut kelapa ini adalah lebih wangi berbanding kayu api biasa. Tapi kalau dah tak de sape-sape yang nak, sabut ini patik buangkan jee kat dalam pembakaran sampah. Lepas tu bole laa bakarnya. Tak pun kalau rajin patik jadikan bahan bakar untuk aktiviti BBQ. yihaaa..

Haaa itu saja lah kisah budak kampung patik untuk kali ni. Terima kasih diatas kunjungan korang kat blog patik ni. Laen kali patik cerita lagi. 

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

27 komen

  1. Huishhhh...lama dah tak pakai mata kopek tu...Rindu nak pakai..hahaha

    ReplyDelete
  2. haha mak ayah aku memg terrer kalau kopek kelapa pakai ni..diorg buat lg laju dr aku beb! ..aku still trkial2 nk tolak kelapa tu supaya tanggal sabut die haha tp lame2 okay la jgk ..cuma sabut yg dh tanggal tu tak secantik yg diorg pnye..aku punya hancuss sdangkn yg diorg pnye sabut tu still lekat lagi each other.. hahha

    ReplyDelete
  3. dh lma aku xkopek pakai nih weh...skrg belii ja kat kedai..hahaha

    ReplyDelete
  4. waahhh2...dah lme tak main mnde tu..haha.. dulu time kecik suka sgt tolong nnek and makcik kopek kelapa pkai mnde ni... lagi satu yg mcm gunting tu..heehehe

    ReplyDelete
  5. dedulu selalu jugak tegok nenek nadia kopek kelapa pakai benda tajam tu. tapi macam seram lah pulak tegok, takut kag teluka tangannua.

    ReplyDelete
  6. isk, xde pengalaman kupas kelapa lg..selalu minum air kelapa siap kupas je..hihi

    ReplyDelete
  7. lepas ni boleh lah kami soh hag tolog kopek kelapa :D

    ReplyDelete
  8. aku kalo kopek klapa guna yg pengepit punya...hehehe...moden skit XP

    ReplyDelete
  9. i tak pandai kopek kelapa camtu.. huhu..

    ReplyDelete
  10. wah pengalaman kopek kelapa memang memenatkan kalau tak kena caranya memang buleh patah pingang ooo...


    Pendapat anda begitu bermakna buat saya
    http://koleksi-photo-mjphotography.blogspot.com/2012/05/muhammad-afif-iman.html

    ReplyDelete
  11. kat kampung kak munna lain pula caranya klu nak kopek kulit kelapa

    ReplyDelete
  12. Muhammad Aliff Bin Bohari :
    bole laaa 1st time guna..

    ReplyDelete
  13. Mohd Khairi Khadzir :
    sme laaa..patik pya ni pon dh cabut2...janji siap..

    ReplyDelete
  14. hairy :
    betoi..lg senang beli je santan sekilo..abis cite..

    ReplyDelete
  15. miss kinah:
    yg cm gunting tu x reti laa pakai..

    ReplyDelete
  16. nadiajafreeden:
    kne berani laaa..cma kne berhati-hati lebih laa..

    ReplyDelete
  17. SP (spudinpunya) :
    xde laa handal..klu tgk peluh dh bole tadah ngn baldi ok..

    ReplyDelete
  18. nadiajafreeden :
    bole2 xde hal..sebiji rm2 ok???deal???

    ReplyDelete
  19. Syakir Rahman:
    eleehhh ye laa tu..ok fine ko cube nanti ok..

    ReplyDelete
  20. madammondoq :
    sis u kne cube laa..bru dinamakan wanita GIGIH..

    ReplyDelete
  21. Positif Man:
    tapak tangan bole bole jadi kasaq wokehhh..hehehe

    ReplyDelete
  22. kt kg still ada lg. biasa gna time knduri yeah

    ReplyDelete