Lelaki dan Merah Jambu

Wednesday, May 30, 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.


Koleksi peribadi

Yeszaaa kombinasi hitam dan merah jambu adalah cantik bagi patik. Kerana itu patik kadang kala mengenakan warna berkenaan ke fakulti semasa patik berkhidmat di pejabat siswazah. Benar orang kata bila kita ingin menggayakan sesuatu, kita kena YAKIN dengan penampilan kita. Baru laaa apa yang kita kenakan itu akan menyerlah dan bagaikan IN jeee dengan keadaan.

Patik rasa dikalangan kawan-kawan terdekat patik, patik adalah insan yang gemarkan sesuatu yang 'pelik'. Mungkin patik suka menjadikan diri patik ni bahan 'tatapan' orang kot. Jadi dengan itu patik cuba menjadikan diri patik sesuatu 'lain' dikalangan mereka.

Ada juga kawan-kawan patik yang berseloroh-seloroh manja mengatakan warna merah jambu ini adalah warna 'kegemaran' patik kerana dalam koleksi kemeja patik je, patik ade 2 helai kemeja merah jambu. Patik tidak melenting dengan telahan mereka. Lain orang lain cita rasanya dan patik juga tidak bole membuat mereka suke dengan apa yang patik gayakan.

Sebenarnya untuk menjadikan kita seorang yang berani kedepan, kelainan yang tidak pernah dibuat oleh orang lain juga kadang kala bole membantu. Ini juga apa yang patik rasakan bilamana patik memang suka benda-benda yang menjurus kearah sesuatu yang menonjol seperti menjadi ketua dalam sesuatu program, menjadi pengacara majlis, menjalani uji bakat sebagai pembaca berita dan sebagainya. Patik pun tidak tahu adakah ini secara semula jadi atau pun 'terpaksa'. Tapi patik seronok dengan semua ini. 

Tidak salah rasanya kita sebagai lelaki mencuba sesuatu yang diluar lingkungan kotak selesa kita. Yang penting kita YAKIN dengan apa yang kita bawakan. Mulut orang, mana mampu kita tutup. Hanya mampu melihat mereka kembali dan melemparkan senyuman yang ikhlas. Itu lebih mulia. 

Sekian sahaja perkongsian peribadi dari patik. Segala perkongsian ini hanya lah dari sudut pandang patik Bukan bertujuan untuk menujukan kepada sesiapa. Terima kasih kepada semua yang berkunjung ke Blog Ahmad Fauzi Aryaan. Semoga perkongian ini membawa manfaat kepada semua. 

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

28 komen

  1. pINK HANYA SEKADAR WARNA.SO..X SALAH NAK PAKAI BAJU PINK.SY PUN ADA BAJU KEMEJA WANE PINK.WIFE YG PILIHKAN TAU.SO..SY PAKAI JE LA.BUKAN TERPAKSA PUN.

    BILA SAMPAI OPIS..SUME CKP NMPK LEBIH ENSEM DARI BIASE.ADA YG KATE JAMBU.PEDULI APAKAN?JANJI TUTUP AURAT..SUDAH..

    BETUL TAK?

    ReplyDelete
  2. pink tu cntik laa >_< ... cume typical thinking org2 kite je yg suke ckp yg bukn2 psl pink nih .... hoho yg pnting konfiden!

    ReplyDelete
  3. sweet what bila lelaki pakai baju pink. cuma kena bersesuaian lah. nanti tak pasal2 org kata macam mat bangla pulak.hikhik

    ReplyDelete
  4. for me, llki akn nmpk lg macho klw b'bju soft pink :)

    ReplyDelete
  5. Pink mmg menawan ..... Pedulikan apa orang nak kata, janji nampak smart dan bergaya ...

    ReplyDelete
  6. x salah untk buat sesuatu yg pelik dan unik sebab klau xde camtu, albert Einstein xkn dpt formula e=mc2 dan elektrik xkn tercipta, semua dr idea yg pelik kn?

    ReplyDelete
  7. CANTIK APA WARNA PINK BILA LELAKI PAKAI... EN ABG KAK MUNNA PUN DULU SEGAN NAK PAKAI WARNA PINK... TAPI BILA KAK MUNNA BELIKAN BAJU WARNA TU DIA PAKAI JE...

    ReplyDelete
  8. Encik Suami :
    sokong en.suami !!! hanya sekaadar warna..tp lelaki laa ni dh IN dengan warna merah jambu ni haa..

    yg penting tutup aurat..itu lebih penting..

    ReplyDelete
  9. Mohd Khairi Khadzir :
    yg typical org tu laa yg jenis x open minded kn..xde salah nye laa hai kaler tu. Hanya sekadar warna.

    ReplyDelete
  10. Elly Othman :
    betoi2..tgk gak laa..jgn laa over ko boh rambu2 kn..nmpk sgt cm mat bangla tunggu bas..

    ReplyDelete
  11. Cik Zeeta:
    sokong...ini pon soft pink..amboiii klu pink kang ckp hadek-hadek plk..no no no!!!

    ReplyDelete
  12. Reena Kamarudin :
    owwhh pencinta PINK laa ek???bagus2..

    ReplyDelete
  13. AzadDino Khalid :
    yeszaa..persetan kan kate2 org..hehehe..

    ReplyDelete
  14. Ayuni :
    waahh bagus laa ayuni ni..siap kluar perumpamaan lg..hehehe..

    tp betoi kte nk p jauh kne kluar dri ruang lingkup selesa..

    ReplyDelete
  15. munna:
    haaaa xpe kan kak...sekadar mencuba sekali sekala..x de msalah kot kan kak..

    ReplyDelete
  16. mcm dari G2000 je. i pernah beli color tu gak. striking. well , skang org sume dh open minded :)

    ReplyDelete
  17. asl kne dgn cita rasa apa yg dpakai cantek per.. :)

    ReplyDelete
  18. orang yang pakai baju pink sumpah hansem. haha. *lari lelaju pastu langgar dinding*

    ReplyDelete
  19. like entry ni! suke ape tengok guy pakai soft pink, nampak gentle gitu. hehee ;) DP fb awak pn pink kan. heheh ;D

    ReplyDelete
  20. DanieL AdiE :
    i love it too, 3, 4, 5, 6..hehehe..

    ReplyDelete
  21. Qarl:
    yeszaaa...i rasa G2000 mmg sedap pakai sbb fit ngn body kte compare ngn laen2...

    ReplyDelete
  22. Syuk Ry :
    betoiii sarung & jadi YAKIN jeee

    ReplyDelete
  23. Nazrul Ashraff & Syaza Athirah :
    haah..larik laju2 sampi benjol dahi jadik kaler pink..

    ReplyDelete
  24. Bitt (double IS) :
    yeszaa...i like it!!!!

    ReplyDelete
  25. Scha Lalala:
    haah..DP sy pon baju PINK too..

    ReplyDelete