Menggamit memori sebagai fasilitator

Tuesday, May 29, 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Masa berlalu dengan begitu cepat. Pejam celik dah hampir dekat setahun (ye kot) patik tinggalkan mereka sebagai pelajar-pelajar patik yang pernah patik menjadi insan peneman walaupun dalam keadaan yang sekejap sebagai fasilitator mereka suatu masa dulu.

Zaman menjadi fasilitator yang agak lama patik tinggalkan membautkan patik terasa rindu unutk beraksi semula sesama orang-orang yang patik nak sangat dekati. Bagi patik kanak-kanak diperingkat sekolah rendah adalah insan yang mudah patik dekati berbanding pelajar-pelajar diperingkat sekolah menengah.  



Gelagat yang sentiasa mencuit hati patik dikala patik bersama-sama mereka menjadikan patik mudah mendekati mereka. Mereka ini adalah insan yang begitu IKHLAS dalam apa jua perkara termasuk perbuatan dan pertuturan mereka.

Walaupun perkenalan diantara patik dan mereka adalah singkat tetapi hubungan patik dengan mereka diteruskan dengan wujudnya teknologi seperti facebook. Melalui perhubungan jarak jauh ini kadang kala patik dapat melihat aktiviti mereka melaui perkongsian di 'facebook'. 





Mereka yang masih hijau ni perlu dipupuk sebaik mungkin supaya kehidupan mereka lebih terjamin. Keikhlasan dan kejujuran mereka ini insyalAllah akan menjadikan mereka insan yang lebih berguna dimasa depan. 

Harapan patik, semoga mereka menjadi insan yang berjaya didunia dan juga diakhirat. Menjadi insan yang mempunyai harga diri dan tidak terjebak dengan perkara yang tidak sihat diluar sana.

Sekian saja buat kali ini. Terima kasih diatas kunjungan korang di Blog Ahmad Fauzi Aryaan.
 
p/s: rindu zaman jadi fasi laaa...

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

6 komen

  1. awk mmg guna pggilan "patik" ker? suweet :) dlu slalu jgak jd fasi nie.tp skrg xdah.rindu nak balek zaman dulu2 :)

    ReplyDelete
  2. saya suka jd fasilitator.. saya suka dgn anak2 remaja yg bersemangat...

    ReplyDelete
  3. amboi.. jadi abg fasi.. hehe..

    ReplyDelete
  4. wahh aku teringin nk jadi fasilitator..tp apakah daya..haha

    ReplyDelete
  5. untunglah.. saya teringin nak jd fasi tp x penah berkesempatan =(

    ReplyDelete
  6. wahhhhhhhhhh.....abg fasi...nak sain!!

    ReplyDelete