Selamat Bergraduan

Monday, May 14, 2012


Assalamualaikum & salam sejahtera semua.
Seronok tengok bila orang lain gembira menyarung jubah konvokesyen masing-masing dihari bersejarah meraka. Syahdu tatkala melihat kegembiraan mereka bersama ahli keluarga yang sama-sama berkongsi kegembraan. Bertempat di Dewan Plenary PICC Putrajaya telah berlangsung Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Patik hadir kesana bersama ibu patik adalah untuk meraikan hari bersejarah buat adik bongsu yang telah bergraduan. 


Untuk pengetahuan semua, majlis yang penuh dengan istiadat ini telah dirasmikan oleh YAB Dato Sri Saberi Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Seramai 3805 orang telah dianugerahkan Diploma dan Sijil Lanjutan dan yang membuatkan patik bangga adalah adik patik adalah salah seorang penerima anugerah tersebut. Memang jenuh laaa menunggu sehingga tamat ok. Dan yang membuatkan patik teruja adalah semua kursus yang ditawarkan adalah semuanya dalam bidang kemahiran. *tetiba terasa nak belajar kemahiran jeee.


Majlis istiadat yang bermula pada jam 8.30 pagi  telah diselang selikan dengan persembahan  dari Kombo Kementerian Belia dan Sukan menjadikan majlis tersebut lebih ceria. Sebenarnya ini lah kali pertama patik menjadi penonton dimajlis istiadat konvokesyen. Biasanya, patik sendiri yang bergraduan tapi mood kali ini adalah sebagai penonton. Memang mood dia lain sangat bila mana nama setiap pelajar disebut naik kepentas. Terasa nak menitis air mata bila rindu dengan kenangan zaman bergraduan.


Lain institusi pengajian, lain laa cara mereka menyusun majlis. Bagi patik majlis istiadat ini masih mengikut landasan protokol. Cuma sedikit-sedikit kecacatan terhadap arahan terhadap proses keluar masuk semasa majlis sedang berlangsung agak longgar. Ini hanyalah pendapat patik sebagai pemerhati. Ape pun dewan yang dihias indah memang best!!!!! Fasiliti yang diberkan oleh PICC Putrajaya memang sangat berpuas hati. Bermula dari proses meletakan kereta yang begitu selesa sehingga laaa tamat majlis. Good Job Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian belia dan Sukan Malaysia dan PICC Putrajaya sebagai lokasi tempat istiadat berlangsung. 

Tahniah buat adik patik yang telah bergraduan dalam bidang Pembuatan Perabut & Hiasan Dalaman.Selamat bekerja & jadilah seorang pekerja yang berdedikasi terhadap kerja yang diberikan. 

Sekian buat kali ini. Terima kasih atas kelapangan korang singgah di Blog Ahmad Fauzi Aryaan.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

3 komen

  1. tahniah yer utk adik anda!xsabar la nk konvo..:) hehe

    ReplyDelete
  2. tahniah~cantik gak dewan PICC ni ^__^

    ReplyDelete