Tuah manusia siapa pun tahu

Saturday, May 19, 2012


 Assalamualaikum & salam sejahtera semua.







Bersempena majlis perasmian Hari Nuklear Negara 2012 isnin depan, patik dan teman sepengacara majlis patik telah ke TNB Research yang terletak berhampiran dengan UNITEN Bangi untuk sesi raptai penuh disana. Walaupun rumah patik berdekatan jee dengan UNITEN, patik memang tak pernah laa menjejakkan kaki kesini dan ini lah kali pertama patik TNB Research. Alhamdulillah, syukur patik menjadi insan yang terpilih untuk menjadi tunggak bagi majlis pelancaran Hari Nuklear Negara 2012 pada isnin, 21 Mei 2012.

 

Lumrah manusia akan punya perasaan gemuruh untuk berada dikhalayak. Begitu juga dengan patik. Untuk memulakan majlis raptai ni, memang mood kena ambil. Tapi koloborasi antara patik dan pasangan pengacara majlis patik ni mmg cocok. Majlis raptai yang diadakan semalam pun agak best bagi patik. Sebabnya ini lah kali pertama patik mencuba bakat diluar dari kawasan jajahan patik iaitu di UiTM sendiri. Majlis raptai ini berakhir lewat petang. Selesai jeee raptai ni, patik dan pasangan patik serta dibantu oleh rakan patik terus membuat pembetulan terhadap teks supaya majlis yang berjalan selari dengan teks yang disediakan.



Apa pun terima kasih kepada Sekreteriat bagi majlis pelancaran Hari Nuklear Nega 2012 diatas peluang yang diberikan untuk kami berdua. Betul kata orang tuah ayam nampak dikaki, tuah  manusia siapa tahu.

Patik berharap agar majlis kendian patik dan teman sepengacara patik akan dapat buat lakukan dengan sebaik mungkin untuk menjadikan majlis tersebut formal dan berprotokol setaraf dengan TNB Research sebagai tempat yang berprofile tinggi.

Sekian buat kali ini. Selamat bercuti buat semua.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

6 komen

  1. oi pojie, good luck! wat elok2! ^_^

    ReplyDelete
  2. oit... teks ucapan aku dahbuat blom pojie...

    ReplyDelete
  3. kalau arep nih..erm...mengigil je lutut ni..hehe

    ReplyDelete
  4. yaumil hidayah :
    TQ mil....jz mencuba apa yang pernah ko rasa sebagai MC yang hebat...

    ReplyDelete
  5. HAFIZ MALEK:
    dh siap dh..sila mai bangi amek...

    ReplyDelete
  6. luqman zakaria:
    sumtime PAKSA ni menjadi..so cb PAKSA diri unutk keluar dari kelompok selesa.

    ReplyDelete