Adakah pemergianku akan di ingati?

Sunday, June 24, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semalam seharian meronda di pulau mutiara, patik berhenti untuk solat jamak ta'khir asar disebuah masjid di Penang. Bila melangkah masuk je patik telah diberitahu ada seorang jenazah budak lelaki yang berusia 13 tahun telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.

Patik terlihat sekumpulan budak perempuan yang sedang menangis teresak-esak dihujung tangga masjid. Patik pun menegur budak tersebut. 

Patik: Adik kenapa menangis ni? Jenazah siapa ni dik?

Budak perempuan: Kawan kami meninggal sebab kemalangan malam tadi. Siap masuk berita pasal kisah ni bang.

Patik: Laaa ye ke. Innalillah ......

Patik pun masuk kedalam masjid dan terus menunaikan solat. Selepas tu patik duduk ditepi tangga sambil menunggu kawan yang lain dan terfikir. 

  1. Adakah kawan-kawan patik yang sama-sama susah senang ni akan menangais atas pemergian patik? 
  2. Adakah kawan-kawan patik ni menghadiahkan patik surah Al-Fatihah untuk buat bekal patik nanti??
Persoalan itu bermain difikiran patik sejenak.

Patik nampak sekumpulan budak perempuan tersebut begitu akrab dengan arwah sehinggakan mereka beriya-iya menitiskan air mata. Begitu hebat perasaan keakraban mereka terhadap si arwah. Semoga arwah ditempatkan ditempat orang yang baik-baik.

Ini hanyalah perasaan yang muncul secara tiba-tiba. Tiada kaitan antara sesiapa pun. Semoga perkongsian ini membuka mata semua orang yang mengenali erti sebuah persahabatan yang abadi.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

13 komen

  1. Yang pergi tetap akan pergi. Apakah pemergian kita pemergian yang ditangisi dan ada bekalan yang kita bawa sekali?

    Semoga sahaja kita dirahmati.

    ReplyDelete
  2. pun terfikir hal tu jugak.. mencari sahabat yg sudi mendoakan diri kita tika hidup & mati kita agak2 susah tak ye?

    ReplyDelete
  3. saya pun pnh terfikir hal sama...

    ReplyDelete
  4. perpisahan begitu menyedihkan...tapi entah lah adakah kita akan ditangisi bila pergi nanti.... hanya sahabat sejati yg akan terasa......

    ReplyDelete
  5. Fik x nak kawan2 Fik nangis atas pemergian Fik biarlah bacaan surah al-fatihah mengiringi pemergian Fik..

    ReplyDelete
  6. Al Fatihah untuk arwah mangsa kemalangan tuh...

    ReplyDelete
  7. sedih je lu ni bro..something happened ke ? haish .. risau jugak ni ..huuu

    ReplyDelete
  8. klu nenek,nenek nak org sedekahkan doa berbanding menangis..berbaik sesama kita insyaallah bila kita dah takde,org akn sentiasa ingt kebaikan kita dn sedekahkan doa..insyaallah*sedih pulak dah.

    ReplyDelete
  9. setiap pertemuan pasti ada perpisahan..

    AL-FATIHAH..semoga rohnya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  10. kalau perangai baik..insyallah org akan igt

    ReplyDelete