Aktiviti si jejaka teruna

Monday, June 11, 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.



Hari ini patik tidak ke fakulti atas sebab malas yang mendalam telah menguasai diri ini. So bila patik berada dirumah, macam-macam aktiviti yang patik buat termasuklah aktiviti membeli barangan dapur. Untuk pengetahuan semua, adik beradik patik hanya mempunyai seorang jee perempuan. Jadi segala aktiviti mengemas rumah, memasak, membasuh baju dan sebagainya perlulah kami adik beradik lelaki yang membantu. Kesian tengok mak patik dok buat kerja sorang-sorang.

Jadi dari kecil patik dah didedahkan dengan melakukan aktiviti rumah. Kalau setakat mak patik tiada kat rumah tu, kalau nak masak lauk goreng-goreng tu bole laaa macam sambal sardin ke, sambal goreng belacan tu kire pandai laaa. Tak kisah laa rasanya apa, janji SEDAP. Hehehe.

So aktiviti hari ni adalah patik perlu ke pasaraya untuk membeli sayur mayur dan segala apa yang diperlukan. Mak patik akan membuat senarai dulu sebelum ke pasaraya.


So aktiviti memilih pon dilakukan. For Your Info (FYI) jangan anggap LELAKI BUJANG tidak tahu memilih bahan yang terbaik yeee. Sedangkan nak memilih teman hidup pun perlu terbaik, ini kan pula setakat sayur yang ada dipasaraya. Sungguh mudah yeee korang (nada riak, takbur). Hehehe


Nahhh dalam masa sejam jeee patik dan siap memlilih dekat bahagian sayur-sayuran. Kire ok laa kan dari amek 2, 3 jam semata baru mencari sayur jeee. Tu memang nak kena tinggal balik sendiri jawab nye kalau patik jadi peneman. Hahaha. 

Sebenarnya seronok jugak sekali sekala p pasaraya sorang-sorang ni. Bukan apa nampak sangat kita ni dah bersedia nk berumah tangga (lari laju-laju langgar dinding). Tak de laaa nampak kita seorang yang berdikari. Tak perlu nak tunggu sesiapa untuk melakukan kerja rumah seperti membeli sayur dan barang dapur yang lain.

Nampaknya itu jeee laaa cerita patik untuk kali ni. Terima kasih diatas kunjungan korang kat blog patik ni. Semoga sedikit perkongsian cerita ini dapatlah memberi kebaikan kepada korang yang membaca (walaupun rasanya banyak benda merepek dari benda yang baik). Jumpa lagi dilain entri. 

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

12 komen

  1. Gaya pemakanan yg sihat! bagus2!!

    p/s: mana tomato? x suka tomato ker?

    ReplyDelete
  2. suka tengok anak bujang pegi shopping barangan dapur... terbaekkkk...

    ReplyDelete
  3. nenek ska lelaki mcm ini..pandai beli brg dapur,pandai buat kerja rumah n msk2 walaupun bnda rgkas je..babah hebat..blh kawen dah..hihihihi..

    ReplyDelete
  4. hikhik, bertuah bakal isteri....

    ReplyDelete
  5. saya kalau nak g beli sayur kat kedai kene mintak tolong orang len pilihkan..EH!*bile plak aku rajin beli sayur nih..lol~

    ReplyDelete
  6. uiksh.. rajin makan sayut ke atau vegetarian bro?

    ReplyDelete
  7. ya Allah, anak sape la yg rajin tu ye.. pasni masaklah pulak ye ;)

    ReplyDelete
  8. wey dah bleh kawen ni wey. haha

    ReplyDelete
  9. dah boleh dijadikan calon menantu. hahahaha. bagus bagus.

    ReplyDelete
  10. adik beradik patih (saya) juga seorang jer yg perempaun.. tp bezanya, semuanya dia yg buat..

    apa yg saya tau, menggorang makanan segera.

    apapun, lelaki hari ini seharusnya lebih fleksibel dengan mencuba bakat2 baru bairpun dimonopoli oleh kaumwanita

    kelebihan bakat sebegini bukan semuanya ada..

    silap ari bulan, saham kita yg makin laku.. hahaha

    ReplyDelete
  11. harap mak u baca entri ni.mana taw dapat tiket boleh kahwin awal.huhu

    ReplyDelete
  12. bagus experience ni sebab akan diguna pakai ketika isteri sarat mengandung dan berpantang..ngeeeeeeeeeee :)

    ReplyDelete