Berada disini semalam

Friday, June 08, 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.


Kembali bersama Ahmad Fauzi Aryaan korang untuk entri sambungan dari entri REZEKI ADA DIMANA-MANA semalam. Tapi sebelum itu patik memohom kemaafan disebabkan entri tersebut, ada dikalangan pembaca entri tersebut mungkin tersalah faham dengan apa patik nak sampaikan. Dan disini adalah kisah sebenar bagi membetulkan pemahaman korang semua.

Kami yang menemani gadis yang pergi temuduga itu

Semalam patik bersama 2 lagi rakan patik telah berkunjung ke UiTM Jengka Pahang bagi satu urusan. Urusan ape??? Urusan menghadiri suatu sesi temuduga sebagai pensyarah baru disana. SEBENARNYA yang pergi temudganye BUKAN laaa patik sendiri. Masa patik belum sampai lagi. Kalau ade rezeki, ade laaa nanti. Tapi ini adalah kawan patik sorang ni. Patik dan kawan patik bertindak sebagai peneman kesana sebab beliau tidak familiar dengan tempat tersebut. 


Bersarapan di Genting Sempah

Perjalanan mengambil masa selama 2 jam 30 minit  menaiki kereta dari UiTM Shah Alam terasa kejap jeee. Mana tak nye rasa kejap, sebabnye masing-masing dok memekak berborak sakan. So perjalanan tu kejap jeee rasa. Kami sempat singgah kat R&R Genting Sempah untuk bersarapan bersama.Kami amek sarapan yang agak berat dengan harapan kekenyangannye sampai lepas sesi temuduga nanti.


Lokasi temuduga

Kami sampai di UiTM Pahang lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Sesi temuduga yang sepatutnya pukul 2 dan kami telah sampai agak awal. So kami pun mangambil kesempatan meronda diseluruh kawasan UiTM Pahang sebabnya ini adalah kali pertama patik sampai kesini. 

Bila masa temuduga tiba, nak dijadkan cerita kawan patik punya turn adalah TERAKHIR dan dalam lebih kurang pukul 4.30 baru beliau masuk kedalam bilik temuduga. Mujur laaa internet wireless disana sangat laju disebabkan student diploma dikampus cawangan sedang bercuti. Memang perghhhhh heaven laaa !!!!

Bila selesai jeee sesi temuduga dalam pukul 5 petang, kami pun segera laaa solat jamak dan terus ke Bandar Jengka untuk mencari makanan. Perut memang lapar gile ok!!!!

Lunch kami yang dh pukul 5 petang

Uniknya di Bandar Jengka ini, ini adalah satu-satunya bandar yang patik lihat KESEMUA peniaganya adalah dari golongan melayu dan ini agak membanggakan patik. Walaupun ade yang mengatakan Jengka adalah sebuah tempat 'jin bertendang', bagi patik ianya adalah sebuah bandar yang hmmm ok, kire tidak seteruk laaa apa yang dikatakan oleh orang berkenaan Bandar Jengka itu sendiri. Walaupun tidak sehebat Shah Alam, malah jauh sekali Kuala Lumpur tapi ianya adalah sebuah tempat yang aman yang jauh dari hiruk pikuk pandang yang sibuk.

Apa pun ini adalah pengalaman patik kesana walaupun selama seharian jee dekat sana, tapi patik merasakan orang-orang Jengka ini baik dan ramah tamah (berangan oversea laaa). Kire bole layan gak laaa sepanjang berada disini.

Itu saja buat kali ini. Terima kasih diatas kunjungan korang kat Blog Ahmad Fauzi Aryaan ini. Jumpa lagi dilain entri. Babai.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

11 komen

  1. UITM Jengka! UiTM di hatiku, dulu amik dip kt sana!!!!!! Miss that place, walaupun mcm tempat jin bertendang di situlah sye dpt dip, camne ek lab kat sana, ok dh kot....

    ReplyDelete
  2. kunjungan gan .,.
    Menjaga kepercayaan orang lain lebih penting daripada membangunnya.,.
    di tunggu kunjungan balik.na gan.,.

    ReplyDelete
  3. kunjungan gan .,.
    Menjaga kepercayaan orang lain lebih penting daripada membangunnya.,.
    di tunggu kunjungan balik.na gan.,.

    ReplyDelete
  4. Semoga kawan AFA itu berjaya dalam temuduganya. :)

    ReplyDelete
  5. Ee laparnya tengok nasi campur tuuuuuuu !!

    Anw, goodluck untuk kawan awak tu

    ReplyDelete
  6. wah! apa2 pun. tahniah ye bro.. :)

    ReplyDelete
  7. semoga berjaya dlm temuduga....amin.

    ReplyDelete
  8. lorh...gith citer die..tape tape...nanti ade rezeki..kamu la pulak yer..amin...ape2 pon..gud luck utk kawan tuh..

    ReplyDelete
  9. salam AFA..
    wahh temankan mmber ye?
    bagusnye..bleh jln2 skali..hehe


    perhhh! tgk gambor mknan
    time2 ceni.. laporrrr la
    plakk...grrr~





    slm kenal,
    cik ana

    ReplyDelete
  10. ada jumpa budak nama naim tak? dia kawan saya..hehe

    ReplyDelete
  11. mula2 mmg jd 'peneman' je..pasnih mesti sampai giliran babah gak..caiyok2..hihi..

    ReplyDelete