Beri dorongan dan bukan hinaan

Friday, June 15, 2012

Assalamualaikum  & salam sejahtera semua.




Sejak kebelakangan ni, patik dapat melihat penghijrahan seseorang kepada arah kebaikan. Sebagai contoh yang mungkin paling dekat adalah dari golongan artis. Ramai dah patik tengok artis wanita yang dah mula berhijab. Alhamdulilah, Allah telah membuka pintu hidayah untuk berhijrah.  Bukan saja artis wanita, artis lelaki pon tidak terkecuali.

Walaupun telah berhijrah, persepsi sesetengah orang mengatakan kalau dah berhijrah ni, rezeki dalam bidang hiburan ni akan kurang. Untuk makluman kita semua REZEKI, JODOH segalanya telah ditentukan oleh-Nya. Siapa kita untuk menidakkan apa yang dimahukan oleh-Nya. Kita sepatutnya terus membantu dalam memberi galakan dan dorongan dan BUKAN mengeji atau mencaci.

Lukisan kartun yang nampak simple tetapi membawa maksud yang jelas menunjukan segelintir masyarakat kita yang akan cuba mengeji dan menghina WALAUPUN mereka ingin berhijrah. Ini la sisi sesetengah orang yang sama agama dan sama bangsa dengan kita. Isshhh tak tahu laaa mereka ni manusia jenis ape ek???

Mungkin sedikit perkongsian patik ni dapatlah memberi manfaat bukan untuk patik, tetapi untuk kita semua.

Sekian saja untuk kali ni. Terima kasih atas kunjungan korang kat blog patik ni. Insyallah nanti akan patik update lagi.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

7 komen

  1. hm, cubalah fikir positif kn....

    ReplyDelete
  2. itulah kan...bila ade yang ingin cube berubah ke arah kebaikan..adelah pulak yang mengutuk..harap2 kite semua akan jadi yang lebih baik dari sekarang.amin.

    ReplyDelete
  3. How I wish masyarakat kita look more on the positive angle rather than negative. Instead of mocking anyone yg nak berubah, kan lebih molek kalau kita give moral support .......

    ReplyDelete
  4. perubahan yg baik...... dialu alukan......
    moga jadi tauladan buat yg lain...... amin

    ReplyDelete
  5. semuanya bergantung pada diri sendiri. Orang akan sentiasa berkata baik buruk mahupun baik. Ketepikan kata-kata orang adalah yg terbaik.

    ReplyDelete