Kamu adalah bayangku

Monday, June 04, 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Lagu dan kehidupan harian adalah sesuatu yang normal bagi kita sebagai manusia. Dengan lagu laaa mungkin sesuatu kisah suka duka bole tercipta. Bila sebut je lagu, banyak lagu yang boleh kita kaitkan dengan istilah CINTA. 

Bagi patik sendiri, lagu memang sangat memberi kesan terhadap diri patik. Tidak kira suka mahupun duka, lagu laaa yang bole membuatkan mood kita itu menjadi lebih bermakna. 


Pada mulanya patik diperkenalkan dengan lagu ini oleh beliau. Bila selalu mendengarnya baru lah patik terkesan dek bait-bait kata dalam lirik tersebut menunjukan beliau menunjukan suatu rasa yang mungkin disembunyikan dan tidak mampu dikatakan. Al maklum laaa malu-malu kucing rasanya.  Hehehe.

Lagu Ada Bayangmu dari Sembilan Band ini adalah lagu yang cukup-cukup meninggalkan kesan kepada patik dan beliau. Dengan lagu ini laa kisah kami bermula dan dengan lagu ini laaaa kisah kami bertaut. Lagu ini laaa menjadikan kami bagaikan kenalan rapat pada mulanya dan akhirnya kami bersatu. 

Menjadikan lagu ini sebagai tanda permulaan kisah kami, ianya menjadi lebih bermakna bilamanan lagu ini juga dikongsi rasa bersama sahabat lain. Bagi patik secara peribadi, lagu ini bukan saja menyatukan kami berdua malah menyatukan patik dengan yang lain sebagai sahabat. 

Ini adalah lagu pertama yang menyatukan patik dan beliau. Kiranya CINTA berputik dek kerana Ada Bayangmu.

Ikhlas,
-Ahmad Fauzi Aryaan-

p/s: Ini adalah pengalaman yang lalu. Banyak kenangan yang tersimpan dek lagu Ada Bayangmu ini.

You Might Also Like

14 komen

  1. wow hebat penangan muzik kepada jiwa awak ni bro

    ReplyDelete
  2. sye ske patah seribu, Shila Amzah...

    ReplyDelete
  3. wah! bermakna betul lagu nih tuk kamu yer~ :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum .

    otw dengar =)

    ReplyDelete
  5. perghh macam jiwang plak kamu ni ye hehe. btw, ni 1st time mama dgr lagu ni, nice song :-)

    ReplyDelete
  6. sejak dua menjak nie.. fasal cinta jerr.. ekekeke

    ReplyDelete
  7. hehehehe

    song in our life like a rhythm..

    ReplyDelete
  8. Zarul Umbrella:
    setiap lagu ade cerita bro..heheh

    ReplyDelete
  9. luqman zakaria :
    kmu degr plk laaa bro..

    ReplyDelete
  10. Izzah Ab Aziz :
    ishhh mne de laa sangat2..kadang2 jee..

    ReplyDelete