Konsep hadiah dan 'sampul-salam-kaut'

Monday, June 11, 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.



Seperti kebiasaan, undangan sesebuah majlis seperti kenduri kahwin, tidak lekang dengan pemberian hadiah atau 'sampul-salam-kaut' daripada tetamu kepada tuan rumah sebagai salah satu konsep 'bantuan' bagi meringankan beban tuan rumah sepanjang mengendalikan majlis tersebut. 

Seperti dikampung-kampung, bantuan yang selalu orang kampung akan hulurkan seperti memberi beras, susu, tepung dan barangan harian lain. Seronok melihat konsep yang mereka amalkan sehingga kini. Kampung patik pon masih mengamalkan konsep sedimikian rupa. Itu adalah konsep orang-orang di kawasan kampung.

Tapi bagi dikawasan bandar, konsep memberi hadiah dan 'salam-kaut' ni sering diamalkan. Bagi yang sudah berkeluarga, mereka lebih kepada konsep 'salam-kaut' sebagai tanda ucapan terima kasih diatas jemputan yang pihak tuan rumah lakukan. 

Bagi golongan muda dan lebih-lagi bujang macam patik ni, patik lebih gemar memberi hadiah sama ada secara sendirian atau pon berkongsi dengan rakan-rakan dan memberikan sedikit hadiah hasil perkongsian tersebut. Tak kira ape pun jadi, mesti bawak sedikit hadiah walaupun tak besar mana.

Tak kisah laaa sama ada nak beri hadiah atau pun 'salam-kaut', tapi yang penting ianya adalah ikhlas. Semoga sedikit bantuan yang diberikan dapatlah membantu sedikit sebanyak dalam membantu keluarga tuan rumah. 

Sekian entri pekongsian untuk kali ini. Terima kasih diatas kunjungan korang kat blog patik ni. Jumpa lagi yeeeee.

p/s: Ini adalah pendapat patik saja. Patik berkongsi diatas pengelaman.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

9 komen

  1. ya betul yang penting ikhlas. Salam kaut pilihan sekarang bawa handbag bergerak ke majlis sangat terhad nak pegang barang...akekekkeke

    ReplyDelete
  2. Kalau kat KL ni salam kaut boleh balik modal kenduri...ribu2 dapat. Kat kampung tak adalah sampai macam tu tapi still boleh cover serba sedikit sebabnya kenduri still gotong royong.

    Salam ukhwah...

    ReplyDelete
  3. kalau ko kawen aku kene bagi hadiah la ni ek?

    kekkeke

    ReplyDelete
  4. kalau kat kawasan yang ramai penduduk, salam kaut ni memang boleh dapat banyak. kadang2 tuan rumah sampai kena bawak handbag masa nak salam dengan tetamu. hihi :D

    ReplyDelete
  5. betul tu.. tapi, yang ramai bagi salam kaut ni adalah golongan2 yang dah berfamily dan yang dah berumur. mungkin sebab malas nak pergi shopping dan bersesak2 utk mendapatkan hadiah.. tapi, walau pun hadiah dan juga salam kaut, yang penting biar ikhlas..hehe

    ReplyDelete
  6. setuju.. kt kpg mmg amalkan mcm ni...
    dulu slalu tk mak aba je mcm tu.. xlma lagi. sy pun kna mcm tu jgk

    ReplyDelete
  7. aku lak panggil salam keruk hehehehhehe.......masyukkkkkkkk

    ReplyDelete