Peristiwa yang akan dikenang selamanya

Monday, June 04, 2012


Assalamualaikum & salam sejahtera semua.
 
Untuk pengetahuan semua, entri kali ini adalah agak panjang dan ianya adalah dedikasi ikhlas patik kepada orang-orang yang berada disekeliling patik semasa susah senang patik bersama mereka. Semoga perkongsian patik ini sebagai suatu perkongsian yang berguna buat korang yang membaca.


Bersama Dato' Naib Canselor, Dekan Fakulti Sains Gunaan dan Penasihat Persatuan

Kenangan mengendalikan suatu majlis yang bertaraf universiti iaitu majlis Syarahan Perdana "Transformasi Minda Penyelidik Muda" yang disampaikan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pengendalikannya adalah sebuah persatuan kecil di Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi MARA Shah Alam iaitu Persataun Pascasiswazah Fakulti Sains Gunaan adalah sebuah kenangan yang sangat manis dan bermakna buat patik secara peribadi.

Menjadi Pengarah Program bagi majlis bertaraf universiti ini adalah satu lagi kenangan paling manis buat patik. Terima kasih kepada Naib Canselor UiTM, Dato' Prof Ir Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Dekan Fakulti Sains Gunaan dan juga Penasihat Persatuan diatas kepercayaan yang diberikan kepada patik untuk menjadikan majlis ini realiti.

Semasa menunggu VVIP hadir

Patik secara peribadinya tidak kisah dengan lantikan yang diberikan kepada patik kerana sebelum ini patik pernah menjadi Pengarah Program bagi Siri Kolokium yang dibuat diperingakt fakulti saja dan majlis ini pada mulanya juga dirancang hanya dilakukan diperingkat fakulti saja. Tetapi bila patik dan AJK tertinggi bertemu dengan Dato' Naib Canselor, beliau mahukan program ini dibuka diperingat universiti supaya amanat yang diberikan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir dapat didengari oleh semua warga UiTM secara keseluruhannnya. Maka dengan itu Dato' telah memberikan mandat yang besar supaya Dewan Aging Tunaku Canselor itu yang boleh memuatkan seramai 3000 orang WAJIB dipenuhkan. Maka bermula laaa episod huru-hara hidup patik dan AJK lain.

Dewan yang penuh dengan tetamu

Bila sebut kekangan jee, memang akan wujud dalam mengendalikan majlis yang sebesar ini. Antaranya kekanganya ialah kekangan dari segi jemputan kepada pihak Tun Mahathir sendiri. Pengesahan yang diberikan agak lewat dan kami semua dari hari kehari terpaksa menghubungi pihak Tun M sehinggakan naik malu kami bertanya. Ini kerana kami perlu membuat tempahan dewan, makanan, jemputan tetamu luar dan yang paling penting adalah TARIKH dan MASA berlangsungnya majlis.Tapi alhamdulillah semuanya selesai dan jemputan pihak kami diterima oleh Tun M pada 22 Februari 2012 yang lalu. 

Kehadiran Tun Mahathir disambut oleh Dato' Naib Canselor UiTM

 Selain itu disebabkan cuti semester yang sedang berlangsung, patik dan AJK lain merasakan tetamu yang akan hadir tidak memberangsangkan. Ini kerana Dato'Naib Canselor telah meletakan harapan supaya dewan yang besar akan penuh. Jadi kami AJK telah menjemput pelajar yang berada dikampus cawangan Negeri Sembilan sebanyak 20 bas untuk hadir dan semuanya kami yang uruskan termasuklah kenderaan, makan minum dan penginapan. Itu semua dilakukan oleh patik dan AJK perlaksana. 

Tun Mahathir sedang menyampaikan syarahan

Banyak yang perlu difikirkan bilamana Dato' Naib canselor telah memberi mandat yang besar ini termasuklah persiapan dewan, jemputan, makanan beg denderamata dan sebagainya mestilah berkeadaan tip top. Memang patik tidak nafikan, sepanjang bekerjasama dengan semua pihak, mereka ini banyak memberikan kerjasama yang baik bermula dengan permohonan bajet yang memakan belanja ratusan ribu ringgit sehinggalah bantuan-bantuan sampingan. Semua ini patik merasa bilamana berjumpa dengan orang setinggi-tinggi pangkat sehinggalah yang berpangkat sokongan. Mereka ini laaa tulang belakang berjayanya majlis yang dianjurkan.

Sesi sidang media oleh para wartawan

Sakit hati, geram, tak puas hati, benci meluat semua itu patik merasa sebagai nakhoda kapal bagi majlis ini. Orang yang paling dekat dengan patik adalah Setiausaha patik. Beliau laaa selalu menjadi mangsa rungutan atau tempat lepas geram dan luahan tatkala sesuatu masalah itu tidak dapat patik simpan seorang diri. Mau tak nye dengan AJK seramai hampir 200 orang ni, bermacam jenis perangai yang patik lihat. Ada yang menggalas kerja dengan baik dan sebaliknya. Kadangkala yang sebalinya ini membuatkan patik menyesal mengajak turut serta dalam menyertai disebalik tabir majlis ini. Tapi patik cuba menjadi profasional dalam mengendalikan masalah dalaman. 

Wartawan yang membuat liputan

Majlis yang berlangsung sekadar 2,3 jam ini memakan masa berbulan untuk menguruskannya. Tapi kerja yang berbulan-bulan ini juga yang membuahkan hasi. Kerjasama semua pihak juga yang membuatkan majlis ini berjalan dengan selamat dan lancar. 

Gambar kenangan bersama pengurusan tertinggi

Perjalanan pulang Tun Mahathir

Banyak pengalaman yang patik sendiri kutip sepanjang mengendalikan majlis ini antaranya patik dan AJK patik terpaksa bangun awal untuk berjumpa dengan orang-orang besar UiTM demi mendapatkan bantuan yang terbaik. Selain itu patik juga berpeluang berjumpa dengan Setiausaha kepada Tun Mahathir sendiri di Yayasan Kepimpinan Perdana yang terletak di Putrajaya. Semua ini adalah kenangan yang laing mais pernah patik rasai.

Bergambar kenanagn bersama Dato' Naib Canselor

Akhirnya majlis yang berlangsung pada 22 Februari 2012 yang lalu adalah sebuah majlis yang bagi patik secara peribadi adalah majlis yang TERBESAR yang pernah patik kendalikan. Terima kasih kepada semua yang memberikan kepercayaan ini. Terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dari mula sehingga akhir. Terima kasih kepada Dato' Naib Canselor UiTM, Dekan dan Penasihat Persatuan diatas sumbangan yang telah diberikan sekaligus telah menjadikan majlis ini sebagai majlis yang paling gah yang pernah Fakulti Sains Gunaan kendalikan.Terakhir sekali jutaan ribuan segala terima kasih patik berikan kepada seluruh AJK perlaksanan majlis Syarahan Perdana "Transformasi Minda Penyelidik Muda". 

p/s: kredit patik berikan kepada team EyeStudio Photography diatas segala kerjasama yang diberikan.

Sekian ikhlas dari patik.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

17 komen

  1. saya tumpang gembira sbb sya student UiTM >_< haha nsib baik before event tun mahathir ni, ko dh bnyk pngalaman, so xde msalah sgt nk handle bende ni..kena maki, dimaki, marah org, stress smua tu normal; masing2 dlm team tu fhm kot.. >_< ape pun yg pnting event tu brjln lancar.. *tahniahlerrr dpt masuk muke dpn utusan malaysia :P

    ReplyDelete
  2. wah!! meriahnya... musti best masa ni kan

    ReplyDelete
  3. hebat2.. boleh handle pogram sebesar nie.. aku tak mampu .. kahkah

    ReplyDelete
  4. wow..hebat ye tuan hamba ? walaupun patik peljar uitm tetapi patik masih lagi tidak berjumpa dgn Encik Sahol ..tapi ada jugak pernah kendalikan event Iqwal yang mana agak besar masa sem lepas dengan event ala-ala Jom heboh

    ReplyDelete
  5. wah..
    bes nye..
    terbaik la UiTM ..
    hihi

    ReplyDelete
  6. fuhh bkn clg2 orang ni >_<

    ReplyDelete
  7. seronok nya dapat bergambar dgn Dato' Sahol.

    ReplyDelete
  8. Mohd Khairi Khadzir :
    time kasih khiri..tau ek kamu kisah ni..

    ReplyDelete
  9. Boni JLL3 :
    musti laaa..jumpa Tun M live kot..

    ReplyDelete
  10. hafiz hafizol :
    mampu punya pejol pas ni..

    ReplyDelete
  11. SP (spudinpunya) :
    tuan hamba kne jumpa laa if nk mintak bajet beso dari beliau..hehehe

    ReplyDelete
  12. hairy :
    patik ni insan yg sedang belajar & terus belajar..

    ReplyDelete
  13. Nurfara Hani :
    student uitm gak ek hani??

    ReplyDelete