Episod 2: Guangzhou, China

Sunday, July 15, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sambungan dari Episod 1: Guangzhou, China.


Untuk pengetahuan semua, China sekarang sekarang ni mereka mengalami musim panas. Yesss panas mereka ni agak panas berbanding dengan Malaysia dan mereka sedang dalam musim percutian musim panas selama 3 bulan (kalau tak silap patik) untuk menunggu habis musim panas ni. 

Patik pada mulanya agak pelik even pada waktu hari biasa pun manusia terlalu ramai di stesen keretapi Metro (di Malaysia seperti Komuter, LRT dan sebagainya). Yang membuatkan patik puji dengan perkhidmatan mereka disini adalah, stesen metro mereka ni sangat mesra pengguna. Walaupun kami semua pertama kali kesini, tapi kami mudah IN kerana banyak 'sign' yang mngkin tidak semesra di Malaysia (bagi pendapat patik). 


Penduduk di Ghuangzhou khasnya lebih senang menggunakan perkhidmatan train berbanding kenderaan sendiri. Mereka juga tidak fasih berbahasa inggeris walaupaun perkataan berhuruf rumi . Bukan laa patik nak cakap patik ni hebat. Tapi mereka amat mementingkan bahasa ibunda mereka dan kalau korang tidak membawa perkataan untk ditanya didalam tulisan cina, mereka tidak akan membantu walaupun sedikit. Lega sebanya kami semua telah membuat research apa yang perlu dan masalah BAHASA dan KOMUNIKASI adalah masalah terbesar bagi orang luar. 

TIPS: 
1. Google peta train METRO
2. Translate perkataan yang mungkin diperlukan didalam tulisan cina. (contoh: Dimana tandas?) 
3. Print tempat yang ingin dilawati (cari yang ada tulisan cina)



Lebih kurang pukul 2 petang baru laa kami sampai di hotel kami. Hotel ini telah kami siap booking secara online semasa di Malaysia lagi. So kami hanya perlu membawa lampiran balasan dari mereka untuk cek in. Masalah komunikasi sering menjadi masalah utama antara kami dan mereka. Waahhhh memang menguji kesabaran jeee. 

Apa pun hotel yang kami menginap ni memang best laa. Lagi-lagi patik yang hanya seorang jee lelaki dikalangan mereka. So memang katil ni 1  patik tido dan 1 lagi patik biarkan sebagai hiasan. 

Sekian saja untuk kali ni. Nantikan Episod 3: Guangzhou, China yang penuh dengan aktiviti jalan-jalan kota Guangzhou.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

7 komen

  1. china camtu lah.....
    masaalh komunikasi yg paling tegar.... sebab mereka setia ngan bahasa mereka...cam jepun jugak......

    tido sorang jer ker...... kesian katil kosong kat sebelah tu......

    ReplyDelete
  2. yup, setuju itu olang susah mahu cakap cakap. hahahaha.
    tarak ade tolak tolak ka masa naik itu keleta api ?? biasa nya ade tolak - tolak.

    ReplyDelete
  3. lagi panas dari Malaysia?? wah. kat malaysia pun kadang sampai tak tahan..

    cantik juga hotel tu bro

    ReplyDelete
  4. mcm mane la agknya perasaan tidur sorg2 tp dgn 2 katil hahahahah

    ReplyDelete
  5. nice tips...rupanya kena translate awal2 semuanya...

    ReplyDelete
  6. hehe..baru terpikir cemana rupa tempat penginapan..
    dah jumpa entrynya..

    tertanya-tanya la jugak,
    makan tak jadik masalah ke..?
    senang ke carik tempat yg halal..?

    :D

    ReplyDelete