Episod 3: Guangzhou, China

Monday, July 16, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Terima kasih kepada semua yang menjengah blog patik untuk episod perjalanan guangzhou, china patik ini. So kali ni patik nak cerita berkenaan tempat-tempat yang patik dan rakan-rakan lawati di Kota Guangzhou, China ini.



Untuk tempat pertama, kami telah melawat 'Guangzhou Pearl River Cruise'. Pemandangan disini sangat laa cantik lebih-lebih lagi diwaktu malam. Disini korang bole naik cruise ini dan akan dibawa melewati sungai yang terpanjang di Guangzhou, china. Memandangkan semasa patik sampai agak lewat, so kami tidak berkesempatan untuk menaikinya dan hanya melihat kawasan sekeliling. Memang cantik penuh dengan lampu-lampu disini.



Tempat kedua yang kami lawati adalah 'Temple of the six bayan trees'. Korang hanya perlu menaiki trai Guangzhou Metro dan turun di Gongyuanqian station terus ke exit B. Korang hanya perlu berjalan lebih kurang 10 minit dan akan sampai disini. Dengan bayaran 5 yuen bersamaan RM2.50 korang bole memasuki temapt ini. Sebenarnya kawasan ini adalah tempat penyembahan bagi kaun cina disana. Disini korang bole tengok pagoda yang besar dan juga sejarah berkenaan temple of the six bayan trees. Agak menarik tempatnya.




Kemudian kami melawati 'Sun Yat Seng Memorial Hall'. Patik sebenarnya pun tak tahu laaa siapakah beliau ni. Tapi apa yang patik tahu serba sedikit, beliau ni adalah insa yang hebat di China. Dengan 10 yuan bersamaan RM5.00 korang bole masuk kat sini. Pemandangan diluar hall ini memang cantik dengan kehijauan pokok-pokok.

 

Tempat makan halal yang banyak di Guangzhou adalah di Xiobei. Memang banyak restoran makanan halal dikawsan ini sepanjang banyak tempat yang patik dah lawati. Korang bole pilih restoran mana yang korang pilih. Tapi yang tak best nya tiada makanan melayu dan kesemuanya adalah dari tanah arab. Makanan halal juga adalah agak mahal. Makanan yang kami pilih ini berharha 60 yuan bersamaan dengan RM30.00 duit Malaysia. Memang agak mahal. So kami hanya makan 1 hari sekali jee.

Sekia saja untuk Episod 4: Guangzhou, China patik untuk kali ni. Nantikan episod yang akan datang.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

13 komen

  1. untung la ko dpt p sana.. >_<

    jgn lupa ole2 untuk aku k

    :)

    ReplyDelete
  2. menarik betul..nampak sedap je makanan tu..

    ReplyDelete
  3. menarik jugak tempat2 kat sana ye....... best !!!!
    part 5 bila pulak nak kuar ??? he3

    ReplyDelete
  4. seronok nyer tgk org berjalan ke negara orang nih...

    ReplyDelete
  5. seriously memang seronok...baca n tengok gambar dah excited nih,,,kalau dapat pergi jugak tatau la cmne..hehe

    ReplyDelete
  6. JOIN yuk! :)

    http://sujuelfarahin.blogspot.com/2012/07/1st-segmen-by-elfarahin.html

    ReplyDelete
  7. entah bila lah aku dapat pergi ke sini

    ReplyDelete
  8. bestnye.. tetiba rasa nk p sana..
    xpa2, nanti blk Malaysia makan puas2 naa.. ;)

    ReplyDelete
  9. seronoknya babah pi jenjalan.. nak etot!! #nanges

    ReplyDelete
  10. bestnya babah..tp haip ! nape dikelilingi ramai 'bunga'? jeles nih..haha

    ReplyDelete
  11. mahal mehh...kena tapau magggi lenkali..hehee

    ReplyDelete
  12. Guangzhou antara tmpt yg femes so bnyklah pilihn mknan halal... kitorg dulu kt Suzhou sush noo nk cri restorn halal..sbb tu la bwk roti, tuna n mcm2 lg hahahah

    klau jmpe pun, xbrape masuk ngan tekak kita...

    ReplyDelete
  13. adoii..mmg nmpk syok la jejak kaki kat negara org..

    :D

    ReplyDelete