Episod 5: Guangzhou, China

Thursday, July 19, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah perjalanan cerita telah sampai ke tujuan patik ke Guangzhou, China tempoh hari. Sebenarnya kepada sesiapa yang baru nak menjengah blog patik ni, patik ke China ni adalah untuk membuat pembentangan kerja master patik disana. Ini adalah kali pertama patik ke luar negara untuk menyertai seminar. Selalunya hanya didalam Malaysia jee. 


Bertempat di Nanyang King's Gate Hotel Guangzhou, China, sebuah seminar dipanggil International Conference on Chemical Engineering and Advanced Material 2012 (ICCEAM 2012) yang dipengerusikan oleh Guangzhou University, China. 


Kebanyakan daripada peserta adalah datangnya dari kawasan tanah besar China ini. Maka patik dan 6 orang lagi rakan patik sama-sama kesana untuk mengambil pengalaman merasai negara orang sekali gus membawa nama UiTM dan nama Malaysia untuk ditolak ketengah. 

Ada juga antara mereka yang tidak mengetahui pasal Malaysia. Malah agak pelik bila disebut Malaysia. Tapi bila disebut Singapura wwooooo laju jee depa ni tau ok!!! Adakah nama Malaysia ni tidak dikenali dunia? Pelik sedikit bila benda tu yang patik rasai disana.




Patik adalah lelaki melayu tunggal yang mewakili UiTM dan ke dua lelaki mewakili Malaysia kerana ade seorang lagi peserta berbangsa cina dari UNITAR kesana. Sebenarnya terasa bangga kerana melayu weeeh dok negara orang. Ceewaaah. Tapi pengalaman ke negara orang, melihat budaya mereka yang sentiasa pantas bergerak untuk kemana-mana, kerja kuat mereka itu patut dipuji yang tak kenal erti penat (bagi yang bekerja bisnes disana) adalah pengalaman yang sangat mahal dan tidak boleh dijual beli. Kalau nak tau kena laa merasa sendiri. 

Nahh itu jeee buat kali ini. Lepas tamat ni mungkin patik akan mulakan sesi GIVE AWAY yang patik bercadang nak buat tu. Nantikan yeee korang. Terima kasih kepada yang berkunjung ke blog patik ni.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

15 komen

  1. seronok nye.. wakil malaysia ek

    ReplyDelete
  2. di Qatar dulu pun mereka x tau sgt malaysia.rasa alahai...kecilnya diri ini

    ReplyDelete
  3. kita jer rasa Malaysia dah glamor..padahal org xtahu..hu2

    ReplyDelete
  4. bangga, bangga, bangga!
    tahniah!

    ReplyDelete
  5. satu pengalaman yang tak semua org dapat..Tahniah..

    ReplyDelete
  6. anak melayu dimata china...... no bad!!!!
    semoga mereka semua tahu yg malaysia juga ada student yg bagus2......

    ReplyDelete
  7. bestnya nway gudluck yew..hehe

    ReplyDelete
  8. betul, masih ramai lagi yang belum tahu Malaysia. and its fact.

    ReplyDelete
  9. Tetiba rasa sedih baca entry ni sebab depa x kenai Malaysia.. huhu

    ReplyDelete
  10. wah! nervous tak time presentation tuh???

    ReplyDelete
  11. mana dorang tak kenal singapore?? singapore boleh diibaratkan negara china jr

    ReplyDelete
  12. ahaha Singapore yg kecik tu lebih dikenali drpd Malaysia yg terknal dgn pulau2 trcntik HOHO adakah ni ade kaitn dgn PERJUDIAN? or SHOPPING? hurmm...

    patik pun tumpang bangga dgn tuanku, sbb bwk nama uitm & melayu heeeeeeee~~~~ terbaikkkk la tuanku!

    ReplyDelete
  13. syabas!!! terbaejjj :)

    dengar cite lalu lintas saya agak bahaya...skali langgar lari daaa...

    ReplyDelete
  14. wahhh..sedang buat master..
    tetiba rasa segan je ..
    (kita spm pun fail...)
    :)

    ReplyDelete