Perkara yang tidak sengaja berlaku

Friday, July 06, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Korang pernah tak buat perkara yang secara spontan dan tidak dirancang?? Sebenarnya inilah yang berlaku dengan patik dan kawan-kawan selab patik  tempoh hari. Biasa laaa bila menjadi bujang ni kebiasaanya kita akan mencari makanan dengan pergi kedai atau gerai dan terus jeee oder jee kan. Tapi disebabkan terlalu  jemu dengan makana yang dihidangkan dikedai mahupun restoren, makan kami secara tak langsung telah membuat plan secara tidak sengaja untuk masak. *bukan patik laa tapi kawan perempuan patik. 

Sebenarnya kejadian yang tidak dirancang ni berlaku apabila patik ke Plaza Masalam Shah Alam untuk menukar duit dan lepas tu kami pun jalan-jalan dan masuk laaa Pasaraya Giant untuk mencuci mata pada mulanya. Tapi bila perancangan spontan keluar dari mulut kawan patik, maka kami pun grab apa yang dirasa sesuai untuk dimasak.


Hidangan simple dan sedap ni adalah hasil usaha 2 kawan patik yang memasak menu ikan salmon digrill black paper, masak ayam halia, telur dadar dan juga cendawan berkuah (main belasah jee nama menu ni yee) dan kami yang lain ade yang memasak nasi dan ada yang membeli jus. Memang seronok laa bila dapat berbuka puasa bersama. 



Mereka ni laaa yang sama-sama berbuka dengan patik tempoh hari.  Seronok laaaa. Puas laa wehh asek dok makan kat luar. Sekali sekala masak sendiri dan kita sama-sama menjamu selera memang best!!!!

Sekian saja buat kali ni. Terima kasih diatas kunjungan korang kat Blog Ahmad Fauzi Aryaan ni. Jumpa lagi dilain entri.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

15 komen

  1. hahahaa.. bro ada masak sekali tak??hehehe

    ReplyDelete
  2. Boni JLL3 :
    hehehe..teman beli barang jeee...masak bdk2 pempuan ni haa..

    ReplyDelete
  3. terliur aku weh....haha...

    ReplyDelete
  4. walau menu nya simple...tapi kalau dh mkn beramai2.... seleranya lain macam...... suasana tu yg membangkitkan aroma....

    ReplyDelete
  5. belajar2 ler memasak....hikhik....

    ReplyDelete
  6. lagi berkhasiat makan dgn masakan sendiri kan.. hehehe

    ReplyDelete
  7. boleh jadi calon istri diorg ni...ahahaha

    ReplyDelete
  8. 3 ketul ikan tuh, xcukup aku tuh

    haha

    ReplyDelete
  9. best bile leh mkn n msk same2 ngn kwn. :)

    ReplyDelete
  10. bukak posa ngn kwn2 ni tengat djaman hodtel dulu

    ReplyDelete
  11. muke lapar...wah sedapnye makan sama2..best..tunggu byulan pose

    ReplyDelete