Wahhh banyaknya duit

Wednesday, July 04, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Alhamdulillah selesai 1 lagi kerja bila patik dah selesai menukar sejumlah wang kepada mata wang China. Fuuhhh jenuh sebenarnya mencari kadar tukaran wang yang murah sebenarnya. Ada yang menjual 100 yuan dengan nilai rm50.60, rm50.40 dan ade sehingga rm50.30. Ini bagi patik dah agak murah. Tapi dengan bantuan kaunter pertukaran wang disuatu tempat akhirnya patik telah berjaya mendapat 100 yuan bernilai hanya rm50 sahaja di Plaza Masalam. Ini adalah TERSANGAT MURAH ok!!! Apa lagi patik pun menukar jee terus tanpa memikirkan apa saja.

Banyak patik belajar berkenaan kadar tukaran wang dan sebagainya dengan perjalanan jauh patik ni. Ini mungkin langkah permulaan untuk patik mendapat pengalaman untuk perjalanan jauh yang lain. Hehehe.

Sebenarnya patik juga nak melahirkan rasa syukur sangat-sangat kepada-Nya sebabnya disaat patik agak bergolok gadai nak pergi kesana, patik sentiasa dibantu dan dimudahkan segala urusan bermula dengan pengesahan kesana dan segala apa jua permohonan. Ini tak termasuk dengan bantuan rakan-rakan terdekat. Ini yang membuatkan patik sayang ketat-ketat dekat depa ni. Time patik susah depa sudi membantu dalam apa jua bantuan. Alhamdulillah.

Semoga perjalanan patik minggu depan akan berjalan lancar. Insyallah. Doakan patik yeee.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

14 komen

  1. masih dalam preparation nih yer...mesti dah tak sabar kan!! wish you luck kat sana!

    ReplyDelete
  2. sakan la blanaja..brg kat sana murah/nak hbiskan duit pon susah nnt.hahaa

    ReplyDelete
  3. hahaha.. ok.. selamat berjalan bro.. take care kat temp[at orang

    ReplyDelete
  4. plaza masalam? eh? tgk change won tak? mana tau murah. nak tukar gak. :p

    ReplyDelete
  5. tukar jgn tak tukar....... kalau ade lebih nanti boleh beli goodies utk remy....he3.... lawak nyer aku nie ! berangan

    ReplyDelete
  6. semoga semua nyer berjalan lancar yer...syok nyer dapat berjalan ke luar negara...

    ReplyDelete
  7. mcm nak beli 1 shopping complex jer dah...hahahha

    ReplyDelete
  8. wah, bau duit baru nie... ekekeke

    ReplyDelete
  9. blh tak bg saya skeping duit tu... nak simpan. hehe

    ReplyDelete
  10. insha Allah semuanya berjalan lancar..semoga selamat dalam perjalanan ke sana..

    ReplyDelete
  11. haha...org kaya baru....hati2 simpan duit waktu di sana nti..ramai yg brminat kt kita.

    ReplyDelete
  12. jgn lupa ole2 ea..haha...semoga berjaya bro.... ;-)

    ReplyDelete