Kek yang menjadi kelaziman

Friday, August 17, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.



Lusa insyaAllah kita semua akan menyambut hari raya. Yang balik raya tu mesti dah berada dijalan raya mahupun tak kurang yang sudah berada dikampung halaman. Yang masih berkira-kira untuk pulang kekampung, patik pasti masing-masing sakan menyediakan persediaan untuk kali terakhir termasuklah persediaan kuih dan kek segala. 

Patik dan family juga tidak terkecuali dengan persiapan yang serba sederhana dalam persediaan kuih kek segala ni. Maklom laaa tak mau membazir katenye kan.

Alhamdulillah pagi tadi patik dan mak patik siap menyediakan 4 biji kek kukus kismis yang akan menjadi kek yang lazim kami sediakan. Untuk version kali ni, patik telah meminta bantuan encik GOOGLE untuk mencari resepi kek ni sebabnya resepi yang menjadi resepi tahunan mak patik guna telah hilang.

Nampaknye menjadi juga laaa kek dari resepi yang diberikan tu. Terima kasih laaa kepada insan yang sudi membuat perkongsian tersebut. So disini patik ingin kongsikan resepi yang patik gunakan. Nampak bentuk rupe dah naik cantik. Rasa pulak kena tunggu buka puasa kejap lagi laa ye. 

kek kukus buah kismis
Bahan-bahan
  • 16 oz butter / planta
  • 5 biji telor ayam
  • 5 gelas tepong gandum
  • 2 gelas gula halus
  • 1 gelas gula kasar dimasak hingga kekuningan (jgn ditaroh air)
  • 3 sudu teh bicarbonate of soda
  • 3 sudu teh cream of tartar
  • 1 kotak buah campuran
Cara-cara
  1. Butter / planta dan gula halus di pukul hingga kembang lepas itu 
  2. Masukkan telor satu persatu, gaul rata-rata dan masukkan tepong bersama bicarbonate of soda dan cream of tartar sedikit demi sedikit.
  3. Kemudian masukkan buah kismis yang telah pun di gaul dengan sedikit tepong (ini adalah agar buahnya tidak tenggelam).
  4. Akhir sekali masukkan gula kasar yang telah dimasak tadi (gula yang telah cair akan kelihatan coklat) jangan biarkan gula itu hangus. gaul rata-rata. 
  5. Kukuslah dalam loyang yang bersaiz 9 x 9 selama 4 jam...(kalau boleh tutup permukaan acuan kek dengan kertas aluminium foil agar tidak masuk wap) 
Naahhh itu jee laa perkongsian untuk kali ni. Kalau ade yang teringin tu bole laaa cuba yeee.


SELAMAT MENCUBA !!!


-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

6 komen

  1. Afa.... dah siap bakar nanti hantar kat rumah remy sebijik....he3
    salam syawal tau !

    ReplyDelete
  2. salam aidilfitri dari aku.

    maaf kan aku kalau ada salah silap.

    ReplyDelete
  3. Kalau Ee,biasanya mak akan buat kek coklat =D hehe. selamat hari raya.

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya!! nak gakk! cm sedap je!

    ReplyDelete
  5. telan air liur tgk gambar 2 . mood rajin xdek lg ni . . . nnti ade blh godek2 resepi ni balik :D

    ReplyDelete