Langkah ke arah viva

Wednesday, September 12, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.



Perjalanan patik sebagai pelajar master akan berakhir bilamana patik selesai menghantar salinan 5 buah thesis dan segala dokumen yang diperlukan untuk menduduki viva. Kiranya lepas patik hantar jeee segala dokumen ni, maka tamatlah status patik sebagai pelajar sepenuh master dalam bidang sains kimia di Universiti Teknologi MARA Shah Alam.




Untuk pengetahuan semua, yuran penyerahan thesis akan dikenakan sebanyak RM500 kepada semua pelajar yang menghantar thesis mereka sebelum menduduki viva sebenar. Mungkin ini termasuk dengan segala yuran pemprosesan dalam mereka sehingga proses viva selesai nanti. Kiranye lepas bayar jee duit tu, korang hanya menunggu sehingga nama naik untuk viva. Segala urusan telah mereka sediakan.

Bercerita mengenai kehidupan patik lepas ni pula, kehidupan patik adalah agak lengang disebabkan patik akan mencari pekerjaan yang lebih baik menggantikan kerja yang hampir kepenghujungnya. 

Alhamdulillah sepanjang 3 tahun dalam proses membuat master ni, banyak ilmu yang patik dapat. Kenangan manis, pahit semua telah patik rasa. Yang pahit telah patik buang jauh-jauh dan yang manis akan patik kenang selamanya. 

Semoga pintu rezeki akan dibuka luas selepas ini. AMIN.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

9 komen

  1. Good Luck.. teringat kembali kenangan Viva saya Mei lalu.. kerana ExternaL Examiner saya daripada UiTM Shah Alam! Prof Dr Nur Hadiani

    Insyallah ..semoga dapat melepasinya dengan selamat dan jaya!

    ReplyDelete
  2. insyaAllah bro !!!! rezeki sentiasa ada untuk mu.....
    semoga dipermudahkan nanti.....

    ReplyDelete
  3. wauu kedengaran seperti kereta viva ehehehhe gud luck baba,semoga panjat tinggi2 lagi huhuh

    ReplyDelete
  4. all da best Fauzi! Happy for you..;-)

    ReplyDelete
  5. kenangan manis ke pahait..dua2 kene igt.hehehe all the best bro

    ReplyDelete