Majlis makan malam

Saturday, September 29, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Khamis lepas bertempat di rumah salah seorang Dr yang menyelia teman baik patik telah mengadakan sedikit makan malam dengan bertujuan untuk mengumpulkan kawan-kawan yang lama tidak berkumpul makan-makan bersama. Konsep makan malam kali ini adalah masak cincai jee. Even cincai (katenye laaa) tapi memang sedap-sedap belaka masakan ini. 

Selain berkumpul makan-makan, ini adalah mungkin kali terakhir buat kami yang dah sinior ni berkumpul bersama junior-junior. Ini kerana sesi menyiapkan thesis kami telah berkakhir.

 -Huda, Linda dan patik-

Untuk pengetahuan pembaca blog patik, patik mempunyai 4 sekawan. Patik, Apis (tiada dalam gambar), Huda dan juga Linda. Patik telah selesai dengan thesis patik, Apis tiada didalam gambar kerana telah kembali kekampung untuk menjadi tetamu Allah ditanah suci Mekah, Huda akan kembali bersama family terchinta di Puncak Alam dan Linda telah pun mendapat pekerjaan di Damansara. 

Kiranya tiada siapa yang tinggal di Shah Alam selepas ini. Agak sedih disitu. Masing-masing dengan hal masing-masing. Majlis ini juga kiranya sebagai majlis gathering yang maybe terakhir buat kami berempat. Patik sayang diorang ni ketat-ketat.



Terima kasih kepada Dr. Ahmad dan keluarga yang sangat sempoi yang selalu manganggap kami semua sebagai anak mereka sendiri. Kami juga amatlah selesa dengan Dr. sekeluarga. Semoga ukhwah ni akan berkekalan even masing-masing telah membawa haluan masing-masing diluar sana.

p/s: Sebenarnya bila patik menulis entri ni, patik rindu sangat dekat kawan baik patik yang sedang bersiap menjadi tetamu-Nya di Makah.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

3 komen

  1. slalunya bila kita dah lalui suka duka ngan memember rapat, mmg akan rindu bila diorg berjauhan... hehehe... itu lah lumrah hidup..

    ReplyDelete
  2. nampak makanan je sedap2 ... heheheh

    ReplyDelete
  3. terpisah cuma dimata....tetapi dihati tetap bersemadi......

    ReplyDelete