Gathering Glamer Raya Blogger 2012

Thursday, October 04, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.



Hahaha terasa lawak pulak bila laa ni baru laa patik berkesempatan nak update entri pasal Gathering Glamer Blogger 2012 yang berlangsung di rumah Dato'LF di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi. Sebenarnya rumah Dato'LF ni sangat-sangat laaa dekat dengan rumah patik. So patik mengambil kesempatan untuk menyertai gathering ni since kawan sekolah patik yang merupakan seorang blogger juga akan mnyertai gathering ini.

Tujuan gathering ni adalah untuk berkenal-kenalan sesama blogger dimana mungkin ada yang tidak mengenali sesama kita. Ade sesetengah tu dikenali didalam kelompok mereka sendiri. So disini bole laa kita sama-sama berkenalan antara satu sama lain dan memperluaskan jaringan perkenalan itu sendiri.


Patik bersama kawan sekolah patik, AFASZ

Ini adalah kali pertama patik menyertai gathering blogger didalam kelompok 'abang-abang & kakak-kakak' dimana mereka ni bagi patik adalah abang dan kakak patik. Yesss ini adalah pengalaman pertama patik dalam menyertai kelompok ini. Agak berlainan tapi ianya seronok kerana mereka ni sangat menerima kehadiran patik dan kawan-kawan blogger muda yang lain dalam kelompok mereka. So tak de laaa kekok bila masuk dalam kelompok mereka.

Macam-macam yang diborakkan dari kisah blog hinggalah kisah family & anak-anak. Untuk pengetahuan semua, boleh dikatakan blogger ini sudah pon berumah tangga dan mempunyai anak masing-masing. So patik dan ade seorang dua yang still bujang. So layan kan jeee dengan kisah mereka. 

Aktiviti masa gathering ini adalah makan, makan, borak, makan dan makan dan borak jee. Hahaha. Mana tak nye, kalau dah masing-masing mai dengan membawa juadah masing-masing memang tak menang mulut dan perut laaa menerima masuk makanan.


 Gambar kenang-kenangan bersama

Sebelum patik beredar untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan kawan patik ditempat lain, kami sama-sama sempat menganbil gambar kenang-kenangan sesama blogger.

Akhir kata patik ucapkan terima kasih kepada Dato'LF sebagai tuan rumah yang sudi menaja tempat berlangsungnya majlis ini. Memang sempoi laa Dato'LF ni. Dah cm ayah patik pulak gayanya tapi yang penting beliau sangat-sangat menerima kehadiran patik didalam majlis ini. Terima kasih Dato'.

Ikhlas, 

Ahmad Fauzi Aryaan


You Might Also Like

7 komen

  1. best nya AFA..... leh menimbak ilmu dgn bloggers otai..... semoga ikatan yg terjalan berkekalan.....

    ReplyDelete
  2. bestnya! tak pernah dpt nk join gathering blogger. teringin pula rasanya

    ReplyDelete
  3. tak pernah pun join bloggger gathering
    teringin gaks!

    ReplyDelete
  4. Sy lewat dtg lps jam 12pm..x smpt jmp dgn pojie..haaa kan!!

    ReplyDelete
  5. bestnya bila la dpt join gathering

    ReplyDelete
  6. tak dpt kad jemputan pun sedih ehehhehe...

    ReplyDelete
  7. akak pon x abeh lagi nk hapdet psl gath neh. akak sungguh berbesar hati awk juin gath kelompok kitorang. jgn serik nak juin lagi tau. bulan 11 neh ado lagik.

    ReplyDelete