Resepi baru konsep typo

Wednesday, October 17, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sebenarnya patik ni jenis yang suka juga laaa lepak minum santai makan-makan dekat apa jua restoren mahupun gerai-gerai tepi jalan. Selalunya sebelum nak mengoder makanan, kita pasti laa akan melihat menu yang disediakan disetiap kedai makan yang korang kunjungi kan. 

Pelbagai jenis menu makanan yang selalunya kaan ditawarkan oleh kedai-kedai ni dan selalunya mereka akan menyediakan sesuatu makanan yang lain dari kedai-kedai makan yang lain. Ini salah 1 contoh senarai menu makanan yang patik lihat bila berkunjung disuatu kedai makan.
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
\/



Cuba cari apa yang cuba patik jelaskan disisni iaitu KELAINAN didalam senarai menu ini. Yeszaa kepada sesiapa yang mungkin tidak perasan, LAMP CHOP juga disediakan disini dan bukan LAMB CHOP yeee kawan-kawan. Gelak besar patik dan kawan-kawan bila melihat senarai menu ni.

Bila tengok senarai ni, wooo agak meletop laaa menu western yang disediakan. Tapi tang LAMP chop tu haaa memang potong laaa orang tengok. Mungkin boleh gelak secara rakus selama seminggu kot. Hehehe.

Apa yang patik boleh katakan, ini mungkin kesilapan mengeja pemilik kedai. Mungkin tidak perasan/tidak pasti dengan ejaan yang sebenar. Jadi berhati-hati ketika membuat last touch pada benda yang akan menjadi realiti. Hehehe.

Sekian entri santai dari patik. Saje jeee sebab dah tak de modal kot nak menulis. So ini adalah sebagai tidak meninggalkan blog patik senyap sunyi. terima kasih atas kunjungan kalian. 

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

11 komen

  1. hahaha
    nak makan chop lampu kot :P

    ReplyDelete
  2. tetiba terbayangkan lampu kalimantang kat umah bonda..hik3!! :P

    ReplyDelete
  3. he3.... jenuh nak makan lampu....... mau berdarah bibir.....walaupun dah puas dichop....

    ReplyDelete
  4. typo error.. lg satu cmpur aduk bahasa.. ice cream goreng, shud be fried ice cream

    ReplyDelete
  5. salam. sbnrnye ice cream goreng pon slh..shud be fried ice-cream atau ais krim goreng. ngeh3

    ReplyDelete
  6. emmmm.... sgt kagum dengan org yg berjaya kesan typo tu... kadang2 mende2 mcm ni terlepas pandang jerk...

    ReplyDelete
  7. mahal tu lampu potong.. tapi benda camni dah biasa kan?? janji ada bunyik. hoho.. ;p

    ReplyDelete
  8. haha cop lampu HAHAAH~~~ gerenti bercahaya habissss lpas makan haha

    ReplyDelete