Review - BOLA Antologi Cerpen

Tuesday, October 09, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.



Alhamdulillah impian untuk memiliki buku "BOLA - Antologi cerpen" ini akhirnya tercapai bila seorang kawan patik yang merangkap kawan blogger patik telah sudi membantu patik untuk memilikinya.

Untuk pengetahuan semua Faizal Sulaiman dari blog SEINDAH DUNIA KITA telah menjadi salah seorang penulis cerpen didalam didalam buku BOLA tersebut.

Sebanyak 19 buah cerita pendek dari 19 orang penulis yang berlainan telah mengumpulkan idea kreatif mereka dalam menghasilkan buku ini. Menjadikan subjek 'BOLA' sebagai subjek utama, cerita yang disampaikan bukan hanya berkisar berkenaan dunia bola sepak, tetapi cara pengolahan cerita tersebut menjadikan subjek 'bola' itu sendiri hilang dek kisah kehidupan sekeliling yang lebih menjadi subjek utama (bagi pendapat patik).

Apa yang patik rasakan penghasilan dan cara penulisan dari penulis menunjukkan gaya bahasa yang santai dan sangat-sangat IN dengan muda mudi sekarang. Patik memang menyukai cara penulisan dari para penulis ini. 

Kepada sesiapa yang ingin kat buku BOLA ini, korang bole beli secara online di www.fixi.com.my sebabnya buku ini hanya dicetak sebanyak 1500 unit dan TIDAK dijual dikedai-kedai buku. EDISI TERHAD ok!!!

-Ahmad Fauzi Aryaan-


You Might Also Like

5 komen

  1. macam best jer..kat kedai buku ade x?

    ReplyDelete
  2. bola dan kehidupan.... menarik jugak tu AFA.....

    ReplyDelete
  3. dah lama tidak membaca buku-buku fiksyen. kerja menghimpit jiwa (alasan).

    ReplyDelete
  4. nak pinjam..boleh lah boleh lah!

    ReplyDelete