Selamat jalan wahai sahabat

Wednesday, October 03, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.



Semalam bertempat di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, patik bersama kawan-kawan yang lain telah menghantar kawan baik patik iaitu Abdul Hafiz Abd Malek yang menjadi mahram kepada ibunya, Rosnah Omar.

Bila sampai jee dekat Kompleks Tabung Haji ni, kenangan setahun yang lalu menjengah ingatan patik tatkala patik menghantar ibu dan ayah patik setahun yang lalu. Rasanya ribuan manusia yang akan menghantar waris mereka ketanah suci.



Rezeki kawan patik kerana pada usia seawal patik, beliau telah diberi peluang oleh Allah untuk menjadi tetamu agung ditanah haram.Pada usia 2* tahun, beliau akan pulang ke tanah air dengan gelaran haji. Subhanallah. Peluang yang jarang-jarang dimiliki oleh orang lain.



Sebelum berpisah untuk jangka masa sebulan lebih, patik dan juga rakan-rakan ada menasihatkan kawan baik patik ni agak banyak sabar, tabah dan sentiasa manjaga ibu yang dibawa bersama. Kalau teringat dikala berdoa tu, ingat-ingatlah kami disini dan lain-lain. Bila patik melihat mak kawan baik patik ni, teringat mak patik dirumah. Dengan usianya, nampak sangat riak wajah gembira dan bersyukur dengan peluang yang diberikan untuk menunaikan haji unutk kali kedua ini.


Tatkala dipanggil untuk melapor diri, time ni laaa masa yang paling sayu. Dengan laungan 'labbaikalla hummalabbaik' , ianya telah berjaya menggugurkan air mata patik. Melihat pemergian kawan baik patik bersama ibunya melangakah masuk melaporkan diri dan hilang didalam ratusan manusia, makan bermulalah kisah kami disini tanpa kawan baik patik Abdul Hafiz Abdul Malek.

Patik dan kawan-kawan akan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kamu dan ibu disana. Semoga pemergian kamu dan ibu disana akan memperoleh haji mabrur, InsyaAllah. AMIN.

Ikhlas dari seorang sahabat,

Ahmad Fauzi Aryaan

You Might Also Like

7 komen

  1. syukur

    tumpang happy buat beliau

    ReplyDelete
  2. dalam usia yg muda dah mampu ke sana..bagusnya!

    ReplyDelete
  3. seronoknya...syukur dapat jejak ke sana....

    ReplyDelete
  4. muda2 dah g sana. alhamdulillah . rezeki

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.... rezeki awal menjadi tetamu Allah......
    semoga mendapat keberkatan dan rahmat disana..... amin...

    ReplyDelete
  6. bestnya. bila la peluang kita pulak

    ReplyDelete