Majlis Walimatul Urus: Mushirah & Syukran

Saturday, November 03, 2012

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.


Fuuuhh tetibe patik terajin pulak nak update blog dikala hari sabtu menjelma plus hari-hari hujan ni. Sebenarnya patik baru jeee kembali dari menghadiri majlis perkahwinan kawan patik di Bandar Tasik Selatan. Kawan patik ni yang perempuan ni haa.

Sebenarnya patik suka dengan karakter perangai kawan patik ni yang jenis tidak reti malu untuk bertegur sapa. Teringat patik semasa pertama kali patik mengenali beliau semasa kami sama-sama mendaftar sebagai pelajar master 3 tahun yang lalu. Beliau laa yang mula-mula menegur kumpulan patik dan ianya akan menerujakan kami untuk berkawan dengan beliau. Sikapnya yang sempoi membuatkan ramai yang senang dengan beliau.



Alhamdulillah patik dan beberapa kawan lain sempat menghadiri dan berjumpa. Maklom laaa dah lama patik tidak bertemu dengan kawan-kawan patik since patik baru jee lepas menyiapkan thesis patik tempoh hari. Seronok rasanya lepas jumpa kawan-kawan patik ni. rasa lepas beban kat kepala bila dapat bergelak ketawa sesama kami.


Selain berjumpa kawan lama, patik pun ade gak laa berjumpa dengan kawan yang baru dan bertukar-tukar contact number untuk urusan peribadi. Alhamdulillah bukan saja dapat lepak-lepak, tapi urusan paribadi patik pun dimudahkan. Syukur. 

Akhir kata, patik ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Mush & Syuk diatas ikatan yang sah ini. Semoga kalian bersama-sama dalam mengharungi bahtera rumah tangga yang dibina sehingga ke syurga hendaknya. AMIN.

p/s: Teringat zaman-zaman single mingle dulu.

-Ahmad Fauzi Aryaan-


You Might Also Like

9 komen

  1. alhamdulillah... nanti kang, si admin pulak yg naik pelamin...



    amin~!!!

    ReplyDelete
  2. last pic tuh..nasib baik x block pengantin...hehehe

    ReplyDelete
  3. tunggu AFA pulak lepas nie..... tapi make sure keje dulu...nah gubah hantaran dah boleh save budget...sebab dah buat sendiri.....

    ReplyDelete
  4. selamat pengantin baru patik.. #ehh.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. ramai kawan2 AFA dah mendirikan rumah tangga ya..
    congratulations..

    ReplyDelete
  6. sonok dapat makan kenduri kawin kawan2... pastu akan lebih sonok biler kawan2 dtg makan kenduri kiter plak...siyes best..

    ReplyDelete
  7. tuan blog nie bila lagi.. umur dh lanjut.. haha

    ReplyDelete
  8. entry akan datang AFA pulak ye:)

    ReplyDelete
  9. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.. Amin!

    ReplyDelete