REVIEW: Travelog Haji

Tuesday, November 06, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.




Alhamdulillah dapat gak patik mencoret sedikit cerita di Blog Ahmad Fauzi Aryaan. Bukan apa, patik rasa mood untuk berblog tu kadang kala on off jee lately ni haaa. Tapi insyaAllah patik akan cuba untuk mencoret apa jua yang patik rasa ingin dikongsi untuk bahan bacaan santai korang semua.

Baik lah untuk entri kali ni, patik nak berkongsi sedikit berkenaan buku yang sedang patik baca sekarang ini iaitu TRAVELOG HAJI yang ditulis oleh Prof Dr. Muhd Kamil Ibrahim. Sebenarnya patik dah lama pinjam buku ni dari seorang kawan patik tapi sekarang ni laa baru berkesempatan nak membacanya. Memandangkan pula seorang dari kawan patik sedang melalukan ibadah haji di tanah suci, maka patik pun mengambil kesempatan untuk membaca apa sebenarnya kandungan buku ini.

Untuk pengetahuan semua, buku ini mengisahkan perjalanan peribadi seorang insan yang bergelar seorang profesor bila menjadi tetamu agung di tanah suci. Segala kisah perjalanan beliau dari seorang yang tidak tahu apa-apa dan perlahan-lahan menjadi seorang yang bagi patik 'terpelajar' dek kerana keadaan yang memaksa berbuat demikian.

Sebenarnya banyak nasihat yang patik dapat daripada penulisan ikhlas beliau ni. Ni pun patik ade lg separuh nak patik habiskan. Apa yang patik boleh simpulkan (walaupun tak habis khatam lagi), penulisan ini adalah penulisan yang berbentuk peribadi seperti mana blog-blog peribadi tetapi ini didalam bentuk buku yang diterjemahkan dari 1 bab ke 1 bab.

Buku ni bagi patik bukan saja sesuai sebagai panduan dan nasihat buat sesiapa yang ingin melakukan ibadah umrah ataupun ibadah haji dimasa depan, tetapi isi kandungannya itu banyak memberi peringatan dan menasihatkan kita dalam kegiatan harian kita sebagai manusia yang menjadi hamba-Nya.

Korang boleh dapatkan buku ini dikedai buku berhampiran. Memang tidak rugi laaa sekiranya korang memilikinya. 

Sekian.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

You Might Also Like

3 komen

  1. nanti bila balik Bangi nak pinjam ok. hehehehee =p

    ReplyDelete
  2. sudah baca buku ini dan pernah dengar ceramah prof kamil live. sgt memotivasikan diri... hebat... oh ya, saya juga ada cd ceramah beliau... tak pernah bosan mendengar penceritaan beliau...

    ReplyDelete
  3. menarik tu AFA.....catatan ke tanah suci........
    kita baca pengalaman org dulu...lepas kita cari pengalaman sendiri..... bila lah kita nak sampai ke sana ye.....

    ReplyDelete