Posts

Showing posts from April 24, 2012

Semoga TENANG kamu disana

Image
Asslamualaikum & Salam sejahtera semua. Kepadanya kita dijadikan dan kepadanya kita akan kembali. Begitu laaa yang telah berlaku kepada arwah Pak Ngah patik, Esmahil B. Hj Hamzah yang telah meninggal pada hari ini pada pukul 5.15 pagi. Untuk pengetahuan, Pak Ngah meninggal dihari jadinya iaitu jatuh pada hari ini, 24 April 2012. Malangnya patik tidak dapat menghadiri untuk memberi penghormatan terakhir buat arwah Pak Ngah atas sebab patik kena menghadiri meeting berkenaan projek master patik. Rasa terkilan itu ada, tapi urusan patik yang bole dikatakan sebagai masa depan patik harus diutamakan dulu. Cukup laa sekadar mak abah & adik beradik patik yang lain pulang ke kampung. Takziah buat keluarga arwah Pak Ngah. Semoga redha diatas pemergian Pak Ngah. Kesian daripada Pak Ngah terus menanggung seksa atas kepedihan yang dialaminya lebih baik DIA mengambilnya dengan cara baik. Alhamdulillah adik beradik patik cakap semua nya telah selesai. Inalillah. -Ahmad Fauzi Aryaan-

Bila RINDU menggamit jiwa

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua. Bila melihat koleksi gambar-gambar lama, patik pasti malah yakin korang mempunyai kisah disebalik gambar tersebut. Setiap gambar punya cerita. Begitu juga dengan patik. Bila melihat koleksi gambar yang ada didalam telefon membuatkan hati membuak-buak untuk berkongsi cerita dengan semua pembaca Blog Ahmad Fauzi Aryaan. Kesusahan, kepayahan, air mata putus asa semua bercampur baur tatkala seorang insan kerdil bernama Ahmad Fauzi Aryaan telah dipilih untuk mengemudi sebuah bahtera yang boleh dianggap besar dalam hidupnya. Hanya seorang nakhoda biasa dikalangan biasa-biasa ini laa mengajar erti untuk memimpin. Memimpin sebuah majlis yang amat bererti didalam hidupnya. Banyak yang dipelajarinya semasa menjadi nakhoda majlis tersebut. Jangan putus asa dan sentiasa mengamalkan "don't be a punctual person BUT be an early person" . Semua kesusahan yang dialami beliau telah menjadikan beliau kuat untuk meneruskan niat ini. Bertem