Posts

Showing posts from May 14, 2012

Selamat Bergraduan

Image
Assalamualaikum & salam sejahtera semua. Seronok tengok bila orang lain gembira menyarung jubah konvokesyen masing-masing dihari bersejarah meraka. Syahdu tatkala melihat kegembiraan mereka bersama ahli keluarga yang sama-sama berkongsi kegembraan. Bertempat di Dewan Plenary PICC Putrajaya telah berlangsung Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Patik hadir kesana bersama ibu patik adalah untuk meraikan hari bersejarah buat adik bongsu yang telah bergraduan.  Untuk pengetahuan semua, majlis yang penuh dengan istiadat ini telah dirasmikan oleh YAB Dato Sri Saberi Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Seramai 3805 orang telah dianugerahkan Diploma dan Sijil Lanjutan dan yang membuatkan patik bangga adalah adik patik adalah salah seorang penerima anugerah tersebut. Memang jenuh laaa menunggu sehingga tamat ok. Dan yang membuatkan patik teruja adalah semua kursus yang ditawarkan adalah semuanya dalam bidang kemahiran. *tetiba terasa nak belajar ke