Posts

Showing posts from June 22, 2012

Kenapa la nak kedekut

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Haaaaa tajuk nak mengalahkan peserta Imam Muda musim ke-3 dah kan. Lalala. Korang pernah tak tersentap dengan sesiapa je disebabkan seseorang itu agak berkira dalam berkongsi ilmu. Sebenarnya patik terpanggil nak buat entry ni sebab patik perasan ada dikalangan kita suka menyimpan sesuatu apa yang diketahuinya tanpa berkongsi lebih-lebih lagi bab-bab berkongsi ILMU.  Ilmu tu akan kurang sedikit ke kalau kita berkongsi??? Bagi patik tak salah untuk kita sama-sama berkongsi ilmu ni kerana ILMU itu adalah milik-Nya. Bila kita berkongsi, kita akan mendapat pahala yang besar sekali gus mendapat 2 kali ganda ilmu yang telah dikongsi tadi. Itu adalah janjinya. So korang tak perlu laaa nak kedekut atau berkira dalam berkongsi apa jua ilmu dimuka bumi ni.  Jom berkongsi apa jua ilmu kerana ilmu ini milik-Nya. Sekian perkongsian untuk kali ni.  -Ahmad Fauzi Aryaan-

Ibu durjana !!!

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Setiap pagi kalau nak bersarapan, patik akan menjadikan berita secara online sebagai peneman pati bersarapan. Tapi untuk hari ni patik terkejut membaca keratan akhbar online pagi ni yang bertajuk 'Ibu Durjana-paksa dua anak jual tubuh'. Tergamam dengan kenyataan itu. Sepatutnya sebagai orang tua, mereka menjaga anak mereka dan bukan sebaliknya.  Bagi patik memang SYURGA ITU DIBAWAH TAPAK KAKI IBU . Tapi berpada untuk menuruti kehendak ibu. Bagi patik kalau dah sampai seorang ibu tergamak menjual anaknya, ini memang WAJIB seorang anak tidak mengikutinya. Patik teringat kata sesorang, kalau kita mengikuti kata-kata ibu kearah kebaikan kita akan dapat pahala . Tapi kalau kita meninggalkan kata-kata ibu kearah keburukan , kita juga akan memperolehi pahala juga. Begitu laaa keindahan agama kita. BUKAN semua kehendak ibubapa kita wajar kita turuti. p/s: Ini hanyalah pendapat daripada patik. Info daripada SUMBER