Posts

Showing posts from June 24, 2012

Adakah pemergianku akan di ingati?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam seharian meronda di pulau mutiara, patik berhenti untuk solat jamak ta'khir asar disebuah masjid di Penang. Bila melangkah masuk je patik telah diberitahu ada seorang jenazah budak lelaki yang berusia 13 tahun telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Patik terlihat sekumpulan budak perempuan yang sedang menangis teresak-esak dihujung tangga masjid. Patik pun menegur budak tersebut.  Patik: Adik kenapa menangis ni? Jenazah siapa ni dik? Budak perempuan: Kawan kami meninggal sebab kemalangan malam tadi. Siap masuk berita pasal kisah ni bang. Patik: Laaa ye ke. Innalillah ...... Patik pun masuk kedalam masjid dan terus menunaikan solat. Selepas tu patik duduk ditepi tangga sambil menunggu kawan yang lain dan terfikir.  Adakah kawan-kawan patik yang sama-sama susah senang ni akan menangais atas pemergian patik?  Adakah kawan-kawan patik ni menghadiahkan patik surah Al-Fatihah untuk buat bekal pat