Posts

Showing posts from June 26, 2012

Yihaaaa..dapat lagi sijil

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih patik ucapkan kepada Pengurusan Fakulti dan Pusat Pengajian Siswazah diatas penghargaan yang diberikan kepada patik dan rakan-rakan selepas tamat perkhidmatan bersama Applied Sciences Postgraduate Society (ASPS) bagi sesi 2011/2012 yang lalu.  Patik berasa seronok la menjalankan kerja yang diluar bidang pengajian kita. Kadang kala bagi patik aktiviti luar ni bole membantu kita menjadi seorang yang multitask bukan saja melakukan kerja kita tapi kita sebagai pelajar mampu melakukan kerja diluar bidang kita. Begitu laaa pentingnya menyertai kegiatan luar (bagi pendapat patik je). Segala pengalaman dan kenangan yang dikutip sepanjang menyertai persatuan luar ni akan menjadi kenanagan yang paling bermakna dan paling berharga yang akan menjadikan patik seorang yang rasional dalam melakukan apa jua kerja.  -Ahmad Fauzi Aryaan-

Preview Filem: BRAVE

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.   Sinopsis: Filem  BRAVE ini menampilkan Merida (Kelly Macdonald) yang sangat  berani melawan tradisi. takdir dan juga binatang buas. Beliau adalah seorang puteri kepada Raja Fergus (Billy Connolly) dan Ratu Elinor (Emma Thompson) adalah  seorang pemanah yang amat hebat dikota. Beliau bertekad menentukan jalan hidupnya sendiri. Puteri Merida menentang adat kuno yang masih digunakan iaitu perkahwinan secara paksaan antara 3 kawasan dari Lord MacGuffin (Kevin McKidd), Lord Macintosh (Craig Ferguson) dan Lord Dingwall (Robbie Coltrane). Merida secara tidak sengaja telah membuat kekacauan dan kemarahan dikerajaannya. Beliau telah menggunakan bantuan bomoh tua (Julie Walters) dan akhirnya Merida mengalami nasib buruk. Bahaya yang dihadapi selanjutnya memaksanya untuk membetulka keadaan.  Berjayakah Merida menentang adat kuno kerajaannya? Adakah Merida berjaya membetulkan keadaan? Apa yang terjadi dengan kerajaanya pada akhirnya?