Posts

Showing posts from June 27, 2012

Buku merah sudah tersedia

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Untuk memudahkan perjalanan keluar dari Malaysia, buku merah ini amat penting dan paling penting nama korang tidak tersenarai hitam oleh pihak PTPTN apabila berada di imegresen nanti. Alhamdulillah patik pun dah cek dan nama patik bebas dari disenarai hitam oleh pihak PTPTN. Benda macam ni amat penting bila tarikh nak dekat. Kang dok syok-syok buat persediaan, nama pulak dah kena tahan dek PTPTN. Kang sape yang malu? Baiklah berbalik kepada tajuk entri ni, patik sudah selesai membuat segela keperluan untuk patik pergi ke Guangzhou, China awal bulan depan termasuklah permohonan visa kesana. Patik berasa amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan yang diberikan oleh pihak Bank of China sepanjang patik berurusan dengan mereka. Permohonan yang memakan masa dalam 5 minit ini sangat mudah dan menjimatkan masa. Bagi patik perkhidmatan mereka ni memang bertaraf antarabangsa kerana dengan kaunter yang banyak dan layanan yan

Bila yang besar ingin merasa jadi kecil

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam patik sempat laaa menonton preview cerita BRAVE di The Curve. Sambil-sambil nak menunggu masa tayangan lebih kurang dalam 15 minit, patik dan beberapa kawan patik yang lain sempat laaa menjengah kawasan game-game yang betul-betul bersebelahan dengan Cathay Sineplex tu ha. So dah alang-alang masuk tu kawan patik pon melenjan laaa 1 game lumba motor.   Dekat mana laa tempatnya yang tempat paling sesuai untuk insan 'besar' melepaskan gian yang seperti kebiasaannya hanya dimainkan oleh kanak-kanak melainkan ditempat sebegini rupa. Nahhhh begitu fokus ok dalam mengendalikan motor yang bakal dibawak berlumba ni. Walaupun ianya hanyalah sebuah permainan, tapi perasaan berlumba tu ada. Apa pun patik seronok melihat kawan patik dok seronok main ni haa. Rasanya lepas ni boleh laaa layan main apa-apa game kat sini. Tak salah sekali sekala nak merasa main semua ni. Sekian saja entri santai untuk kali ni. Jumpa lagi yee