Posts

Showing posts from July 4, 2012

Wahhh banyaknya duit

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah selesai 1 lagi kerja bila patik dah selesai menukar sejumlah wang kepada mata wang China. Fuuhhh jenuh sebenarnya mencari kadar tukaran wang yang murah sebenarnya. Ada yang menjual 100 yuan dengan nilai rm50.60, rm50.40 dan ade sehingga rm50.30. Ini bagi patik dah agak murah. Tapi dengan bantuan kaunter pertukaran wang disuatu tempat akhirnya patik telah berjaya mendapat 100 yuan bernilai hanya rm50 sahaja di Plaza Masalam. Ini adalah TERSANGAT MURAH ok!!! Apa lagi patik pun menukar jee terus tanpa memikirkan apa saja. Banyak patik belajar berkenaan kadar tukaran wang dan sebagainya dengan perjalanan jauh patik ni. Ini mungkin langkah permulaan untuk patik mendapat pengalaman untuk perjalanan jauh yang lain. Hehehe. Sebenarnya patik juga nak melahirkan rasa syukur sangat-sangat kepada-Nya sebabnya disaat patik agak bergolok gadai nak pergi kesana, patik sentiasa dibantu dan dimudahkan segala urusan bermula dengan p