Posts

Showing posts from July 9, 2012

Kenangan best

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tajuk ini laaa yang akan patik bentangkan di China nanti. Sebenarnya tajuk ini adalah tajuk sebenar master patik yang digunakan semula untuk tajuk pembentangan patik disana. Yang bestnya kalau kita pergi kesesebuah seminar ni, kita akan dapat info terbaru, network kita bersama universiti yang lain akan kita perolehi dan mungkin kelebihan kita mungkin kita bole berkerjasama dengan universiti yang berminat dengan kerja kita.  Untuk seminar di China ni, ini adalah kali pertama patik ke seminar yang luar dari Malaysia. Agak teruja laa untuk kesana untuk berjumpa dengan orang-orang dan berkongsi ilmu bersama. Walaupun agak selalu menghadiri seminar antarabangsa di Malaysia, tapi aura ditempat orang tu yang lain.  Bagi sesiapa yang ingin menyambung pengajian diperingat master dan PhD, korang ambil jee peluang ni dan pengalaman ini yang akan menjadikan korang lebih dewasa dalam menentukan apa jua keputusan untuk diri sendiri dan orang

Hari ini, esok dan lusa

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni dah isnin, so lusa patik akan berangkat ke Guangzhou, China dan ini adalah pertama kali patik akan ke sana. Perasaan mula bercamput baur sama antara seronok takut dan agak teruja. Segala persiapan telah bermula dan hanya tinggal sikit-sikit jee lagi nak disumbat kedalam beg besar ni termasuk stok makanan nanti. Konsep patik mudah jeee, bawa pakaian sikit jeee sebab kalau tak cukup bole beli kat sana. Yang penting nanti balik beg dah kosong, so mudah laa patik nak isi barang-barang yang patik beli kat sana nanti. Sebenarnya patik kesana adalah untuk membuat pembentangan kerja master patik disana. Jadi dah alang-alang pergi jauh tu, kita bercuti sekali laa. Orang kata sambil berenang sambil minum air. Haaa. Doakan kelancaran perjalanan patik pergi dan pulang nanti yee. -Ahmad Fauzi Aryaan-