Posts

Showing posts from July 16, 2012

Episod 3: Guangzhou, China

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih kepada semua yang menjengah blog patik untuk episod perjalanan guangzhou, china patik ini. So kali ni patik nak cerita berkenaan tempat-tempat yang patik dan rakan-rakan lawati di Kota Guangzhou, China ini. Untuk tempat pertama, kami telah melawat 'Guangzhou Pearl River Cruise'. Pemandangan disini sangat laa cantik lebih-lebih lagi diwaktu malam. Disini korang bole naik cruise ini dan akan dibawa melewati sungai yang terpanjang di Guangzhou, china. Memandangkan semasa patik sampai agak lewat, so kami tidak berkesempatan untuk menaikinya dan hanya melihat kawasan sekeliling. Memang cantik penuh dengan lampu-lampu disini. Tempat kedua yang kami lawati adalah 'Temple of the six bayan trees'. Korang hanya perlu menaiki trai Guangzhou Metro dan turun di Gongyuanqian station terus ke exit B. Korang hanya perlu berjalan lebih kurang 10 minit dan akan sampai disini. Dengan bayaran 5 yuen bersamaan RM2.5